Kekalahan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook di Chennah antara kejutan terbesar dalam PRN Negeri Sembilan. PETALING JAYA: DAP dua negeri menyokong Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook kekal mengetuai DAP Negeri Sembilan dan di peringkat nasional walaupun beliau kalah di Chennah dalam PRN semalam. DAP Negeri Sembilan berkata, Loke tidak patut dipertanggungjawabkan atas kekalahan parti di DUN Chennah dan Repah, yang dimenangi mereka pada PRN lalu.
DAP Selangor pula berkata, kepimpinan berterusan Loke penting untuk mengekalkan kestabilan dan memulihkan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Harapan (PH). Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin, berkata jawatankuasa negeri sebulat suara mahu Loke terus memimpin parti di negeri itu. "Kepimpinan Loke telah terbukti dan diiktiraf sebagai yang terbaik dalam sejarah DAP Negeri Sembilan," katanya dalam catatan Facebook.
"Daripada hanya memiliki dua kerusi pada 2004, beliau telah memimpin DAP Negeri Sembilan sehingga menjadi sebuah parti yang dihormati sekutu dan lawan." Ahli Parlimen Rasah itu berkata, DAP negeri memerlukan kepimpinan Loke untuk mengharungi cabaran politik akan datang dan bersedia untuk PRU16 selepas PH kehilangan majoritinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan. Menurutnya, analisis awal keputusan pilihan raya menunjukkan calon PH dan DAP terus mendapat sokongan padu penyokong walaupun berdepan retorik perkauman pembangkang sepanjang kempen. DAP mempertahankan sembilan daripada 11 kerusinya dalam PRN semalam, manakala kerusi Chennah dan Repah jatuh ke tangan MCA.
Kekalahan Loke di Chennah antara kejutan terbesar dalam PRN semalam. Beliau kehilangan kerusi yang disandangnya sejak 2013 kepada Siow Kong Choon daripada MCA dengan majoriti 688 undi. PH turut menyaksikan jumlah kerusinya berkurangan daripada 17 kepada 11, dengan PKR memenangi dua kerusi lain untuk gabungan itu.
Amanah kalah di semua kerusi ditandinginya. Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han, berkata negeri itu akan terus menyokong rakan sejawatnya di Negeri Sembilan dan bekerjasama dengan kepimpinan pusat parti untuk menilai keputusan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan. Jelasnya, pertandingan di Chennah sangat sengit dan beliau memuji Loke mengambil tanggungjawab dengan mempertahankan kerusi itu sendiri.
"Loke menunjukkan kredibiliti pemimpin yang sanggup memikul tanggungjawab m… Ketua Umno Melaka Ab Rauf Yusoh membuka pintu seluasnya untuk mana-mana pihak berunding menjelang PRN Melaka. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ab Rauf Yusoh terbuka bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi PRN Melaka di bawah formula BN Plus.Ab Rauf yang juga ketua Umno negeri, berkata pintu seluas-luasnya dibuka untuk mana-mana pihak yang ingin berunding."Siapa juga boleh datang berunding, tapi runding tidak semestinya berakhir dengan perjanjian atau pun persetujuan...
Summary from source