Dr Hasmah Ali meninggal dunia di IJN pagi tadi pada usia 100 tahun.PETALING JAYA: PAS menyifatkan Dr Hasmah Ali sebagai tokoh membantu menaikkan martabat wanita Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, pendidikan, dan ekonomi sepanjang Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan, berkata pemergiannya adalah kehilangan kepada keluarga serta seluruh rakyat Malaysia.“PAS merakamkan ucapan takziah buat keluarga Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isteri, ibu, dan juga nenek tercinta Dr Hasmah Ali di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini,” katanya dalam kenyataan.Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari, menerusi hantaran di Facebook menganggap Hasmah tokoh wanita yang dihormati, selain dikenali melalui sumbangannya sebagai doktor dan tokoh masyarakat.“Dalam perjalanan panjang kehidupan Dr Mahathir, Almarhumah sentiasa berada di sisi, melalui pelbagai fasa suka dan duka, ketika berada di puncak kepimpinan negara mahupun selepasnya,” katanya.Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN sekitar 9.25 pagi tadi. Berita pemergian itu disahkan anaknya, Mokhzani Mahathir.Hasmah yang dilahirkan pada 12 Julai 1926 merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di Malaysia dan pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam sebelum aktif dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan, khususnya berkaitan kesihatan dan kebajikan.Beliau berkahwin dengan Mahathir pada 5 Ogos 1956 dengan dikurniakan empat cahaya mata: Marina, Mirzan, Mokhzani, dan Mukhriz. Mereka juga mengambil tiga anak angkat: Melinda, Mazhar, dan Maizura.
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi berkata rakyat Malaysia akan mengingati jasa beliau sebagai seorang doktor serta keprihatinannya terhadap kesejahteraan awam.PETALING JAYA: Pemergian Dr Hasmah Ali di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi dihujani dengan penghormatan dan ucapan takziah daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin, sambil mengenang sifat penyayang, lemah lembut serta sumbangan besar beliau kepada negara.Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, berkata rakyat Malaysia menyaksikan kehidupan Hasmah bersama Mahathir selama beberapa dekad dan akan mengingati jasa beliau sebagai seorang doktor serta keprihatinannya terhadap kesejahteraan awam."Kelembutan, kesederhanaan dan keteguhan beliau sepanjang hayat menjadikan beliau insan yang disayangi serta menjadi contoh teladan kepada rakyat Malaysia."Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang yang beriman. Saya juga mendoakan semoga Tun Dr Mahathir serta seluruh keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini," katanya dalam hantaran di Facebook.Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata Hasmah bukan sahaja tokoh perubatan yang disegani, malah perintis dalam pembangunan penjagaan kesihatan awam, khususnya kesihatan ibu dan anak, kesihatan keluarga serta kesejahteraan masyarakat.“Sumbangan beliau kepada profesion perubatan, kesihatan awam dan pembangunan masyarakat akan dikenang oleh generasi akan datang,” katanya seperti dipetik Berita Harian dalam ucapan di Kolej Poly-Tech Mara Meru, Perak.Presiden MCA Wee Ka Siong berkata Hasmah mendedikasikan sebahagian besar hidupnya untuk berkhidmat kepada negara.“Kehadiran dan sumbangan beliau menyentuh kehidupan ramai orang dan beliau akan dikenang dengan penuh hormat dan kasih sayang oleh rakyat Malaysia,” katanya.Sementara itu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenang Hasmah sebagai seorang yang 'baik hati, lucu, mesra dan penuh dengan kebijaksanaan yang hanya lahir daripada kehidupan yang dipenuhi kasih sayang, pengorbanan dan pengalaman'.Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun kira-kira 9.25 pagi tadi. Jenazahnya dibawa pada 10.48 pagi ke kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, Selangor.Beliau merupakan seorang doktor yang menggunakan kedudukannya sebagai isteri perdana menteri untuk memperjuangkan kesihatan ibu…
Summary from source