Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati keterangan pemilik bengkel, Ngin Sing Keong, bercanggah dengan bukti dikemukakan dalam perbicaraan kes bunuh itu.PETALING JAYA: Seorang pemilik bengkel yang mendakwa bertindak mempertahankan diri ketika menikam seorang lelaki hingga mati di premisnya di Sitiawan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun selepas Mahkamah Tinggi Ipoh mendapatinya sengaja menyebabkan kecederaan membawa maut itu.Ngin Sing Keong didapati bersalah membunuh Sia Ghee Wong, yang ditikam di bengkel berkenaan pada 13 Nov 2020.Hakim Moses Susayan memutuskan Ngin gagal membuktikan bahawa tindakannya dibuat bagi mempertahankan diri kerana dakwaan itu tidak disokong sebarang bukti bebas, selain bercanggah dengan keterangan saksi mata serta bukti perubatan dan forensik pihak pendakwaan.Susayan menerima keterangan anak mangsa, Sia Mao Kok, yang juga satu-satunya saksi kejadian.Beliau menyifatkan Mao Kok sebagai saksi yang jujur dan boleh dipercayai, serta berkata keterangannya kekal konsisten walaupun disoal balas secara panjang lebar.Katanya, keterangan Mao Kok turut disokong pakar patologi forensik yang menemui dua kesan tikaman dalam pada leher dan abdomen mangsa.Menurut pakar itu, setiap satu daripada kecederaan berkenaan sudah mencukupi untuk menyebabkan kematian.Bukti forensik turut mengaitkan Ngin dengan serangan tersebut.“Penemuan patologi yang objektif jelas bercanggah dengan keterangan pihak pembelaan dan sebaliknya menunjukkan mangsa diserang secara sengaja dan dengan kekerasan,” kata Susayan.Beliau menolak dakwaan pihak pembelaan bahawa mangsa bertindak sebagai penyerang kerana tiada bukti bebas yang menyokongnya.Susayan berkata penemuan DNA pada pemegang pisau hanya membuktikan berlaku sentuhan biologi, tetapi tidak dapat menentukan siapa yang memegang senjata itu terlebih dahulu.“Keterangan tertuduh tidak disokong sebarang bukti bebas, bercanggah dengan keterangan Mao Kok yang boleh dipercayai, serta tidak selari dengan bukti perubatan dan forensik,” katanya.Walaupun pihak pendakwaan memohon hukuman mati, Susayan menjatuhkan hukuman minimum penjara 30 tahun berdasarkan garis panduan hukuman yang diperkenalkan susulan pemansuhan hukuman mati mandatori pada 2023.Beliau berkata bukti yang dikemukakan tidak dapat menentukan sama ada Ngin memancing mangsa datang ke bengkel atau pergaduhan itu berlaku secara spontan.Hukuman penjara itu diperintahkan bermula da…
Summary from source