HomeWorld

Pemimpin PKR akui ada khilaf ketika ulangi petikan ucapan Sanusi

World 1 source 1 country 24m ago

Pemimpin PKR, Dr Sathia Prakash, dituduh memanipulasikan kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Sanusi Nor.PETALING JAYA: Pemimpin PKR, Dr Sathia Prakash, berkata terdapat kekhilafan ketika mengulangi petikan ucapan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, Sanusi Nor.Bagaimanapun, pengarah pilihan raya PKR Selangor itu berkata perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis terhadap pemimpin PAS itu, berhubung ucapan yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman."Saya mengakui terdapat kekhilafan apabila mengulangi ucapan itu dengan menggunakan perkataan 'balik'," katanya, lapor Sinar Harian."Namun saya tidak pernah mendakwa perkataan tersebut merupakan petikan tepat daripada ucapan Sanusi."Perbahasan mengenai sama ada perkataan 'balik' disebut atau tidak hanya mengalihkan perhatian daripada isu sebenar, iaitu kandungan ucapan yang berpotensi membangkitkan sentimen perkauman."Sathia menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara adil dan profesional bagi menentukan sama ada ucapannya sendiri melanggar undang-undang.Sathia sebelum ini memberi keterangan di IPD Seremban berhubung ucapannya ketika ceramah di Jempol, berkaitan dakwaan terhadap Sanusi.Sanusi dikritik pelbagai pihak berhubung kenyataannya dalam satu ceramah sempena PRN Negeri Sembilan.Pada malam Khamis, Sanusi dilaporkan berkata, “Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di sini saja.”Pemuda PAS menuduh Sathia memanipulasikan kenyataan Sanusi, dengan mendakwa beliau menyebut masyarakat Cina dan India ‘balik’ ke China dan India.Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata laporan polis akan dibuat terhadap penyebaran dakwaan tersebut, dan mahu Sathia menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf secara terbuka.Semalam, Sanusi berkata kenyataannya telah diputar belit demi kepentingan politik, dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk ‘membetulkan keadaan’.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →