HomeWorld

Youth fears PAS-Umno clash again, demands 'unseasonal' unification

World 1 source 1 country 15m ago

Umno tidak akan menyekat mana-mana pembahas daripada menyuarakan pandangan termasuk sentimen berhubung desakan pilihan raya pada Perhimpunan Agung Umno kali ini, kata Asyraf Wajdi Dusuki.KUALA LUMPUR: Kerjasama politik dalam kerajaan perpaduan serta agenda 'Rumah Bangsa' antara usul utama yang bakal diangkat 157 bahagian Umno untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026, mulai Rabu depan.Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya tidak akan menyekat mana-mana pembahas daripada menyuarakan pandangan.Katanya, ia termasuk sentimen berhubung desakan pilihan raya serta tindakan undang-undang ke atas beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) baru-baru ini."Suara yang dibangkitkan itu bukan suara individu, tetapi suara akar umbi dari cawangan, bahagian dan negeri."Kita tidak wajar menghadkan apa yang boleh atau tidak boleh disuarakan. Biarlah mereka berbahas secara terbuka dan telus," katanya pada sidang media hari ini.Terdahulu, Presiden Umno Zahid dilaporkan berkata lebih baik PRU16 diadakan lebih awal, berbanding tempoh penggal Parlimen yang hanya akan berakhir hujung tahun depan.Zahid yang juga pengerusi BN berkata jika penggal Parlimen tamat sehingga penghujungnya, gabungan itu bersedia berdepannya.Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi turut membidas gesaan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menuntut beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) ekoran isu membabitkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji.Katanya, desakan berkenaan tidak relevan memandangkan namanya langsung tidak pernah dikaitkan atau disebut dalam RCI Tabung Haji, selain menyifatkan ia sekadar mainan persepsi."Saya dilantik oleh timbalan perdana menteri merangkap menteri kemajuan desa dan wilayah. Hanya beliau yang selayaknya menentukan kedudukan saya."Mara lahir dari 'rahim' Umno pada 1964 untuk membela orang Melayu dan Bumiputera.

Saya bertanggungjawab mempertahankan reputasi institusi ini daripada cubaan pihak luar yang mahu merobeknya,"katanya. Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden, berkata penyatuan bersama Umno perlu dibina atas kepentingan umat dan tidak bergantung kepada percaturan politik semata-mata.KOTA BHARU: Penyatuan PAS dan Umno perlu lebih konsisten dan tidak hanya berlaku menjelang pilihan raya, kata Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden.Katanya, penyatuan itu perlu dibina atas kepentingan umat dan tidak bergantung kepada percaturan politik semata-mata.“Penyatuan tidak boleh bermusim. Kita tidak boleh bersatu ketika mahu menang, tetapi kembali bertelagah setelah mendapatkan kemenangan.“Kita tidak boleh hanya duduk bersama apabila mempunyai musuh yang sama, tetapi berpisah apabila kepentingan politik mula berubah,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-67.MN gagal ada kelompok pentingkan diriDalam pada itu, Afnan mengingatkan kegagalan Muafakat Nasional (MN) sebelum ini tidak wajar berulang.Beliau berkata, MN yang pernah menyaksikan PAS dan Umno duduk bersama terhenti apabila wujud kelompok tertentu mementingkan diri, menjurus berlakunya perpecahan."Ada kelompok-kelompok yang menyebabkan perpecahan itu kembali berlaku.

Ada sikap-sikap yang mementingkan diri, tidak kira daripada sesiapa pun, yang menyebabkan perpecahan itu kembali berlaku."Sebab itu kita ulang beberapa kali, penyatuan yang ada ini tidak boleh bermusim. Mesti mengetepikan semua kepentingan yang ada, barulah penyatuan yang sebenar-benarnya dapat dibina," katanya.Afnan berkata, landskap politik negara sentiasa berubah dan perkara yang dianggap mustahil pada masa lalu boleh berlaku apabila wujud kesediaan untuk mencari titik persamaan, merujuk kehadiran pemimpin Umno ke muktamar."Tidak pernah kita menyangka pada hari ini kita akan menerima tetamu daripada rakan-rakan gabungan dan daripada rakan yang sekurang-kurangnya menjadi lawan.Tidak pernah kita menyangka," katanya.Beliau berkata, perkembangan di Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan kerjasama antara parti Melayu-Islam boleh dibuat.Afnan berkata, di Johor, Presiden PAS Hadi Awang memberi isyarat supaya penyokong Perikatan Nasional (PN) mengundi calon Umno di kerusi tidak ditandingi PAS, manakala rundingan di Negeri Sembilan pula dapat dibuat tanpa pertembungan.Katanya, Pemuda PAS perlu mengambil tanggungjawab memastikan 'benih penyatuan' yang sudah ditanam terus disiram dan dibajai supaya hubungan PAS-Umno tidak kembali …

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →