Tertuduh, Alex Robert, 28, didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas empat pertuduhan termasuk membunuh dua remaja sekolah pada Ahad lalu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Seorang pemandu didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas empat pertuduhan termasuk membunuh dua remaja sekolah pada Ahad lalu.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Alex Robert, 28, berikutan kes terbabit berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, menurut Harian Metro.Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa membunuh Nur Dania Arissa Salim, 17, dan Nur Atikah Abdullah, 16, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, 6.35 petang pada 26 Julai lalu.Dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak digantung sampai mati hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan.Mengikut pertuduhan ketiga pula, dia didakwa telah memandu kenderaan jenis Honda Civic di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan kepada pejalan kaki, Adam Arjuna Abdullah, 7, pada masa, lokasi dan tarikh yang sama.Tertuduh juga didakwa telah memandu kenderaan yang sama tanpa kecermatan dan perhatian sewajarnya sehingga menyebabkan kemalangan kepada A Suresh, 50.Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(a) dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi Abdul Ghani, Izzuddin Fakri Hamdan dan Nur Darwis Aghniya Halim Azizi mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam Koh Shean Wai.Pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu untuk mendapatkan laporan bedah siasat mangsa, laporan toksikologi tertuduh serta laporan berkaitan sebelum kes dibawa ke Mahkamah Tinggi.Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 September. Mahkamah Tinggi Klang mendapati berlaku kekhilafan di peringkat mahkamah rendah kerana tidak membenarkan penangguhan bagi membolehkan Fathi Na’im mendapatkan khidmat peguam.
(Gambar Bernama)PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Klang melepas dan membebaskan penceramah bebas, Fathi Na’im daripada tiga pertuduhan merogol dan amang seksual remaja 13 tahun pada 2021.Sinar Harian melaporkan Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan rayuan Fathi atau nama sebenarnya Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 34, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Klang tahun lalu.Roszianayati mendapati berlaku kekhilafan di peringkat mahkamah rendah kerana tidak membenarkan penangguhan bagi membolehkan Fathi mendapatkan khidmat peguam, yang merupakan prejudis terhadapnya sehingga menyebabkan dia terpaksa mengendalikan pembelaannya sendiri.Dalam prosiding rayuan, Fathi diwakili peguam Muhammad Fazaly Ali Mohd Ghazali, sementara pendakwaan sebagai responden dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Redza Azhar Rezali.Pada 18 Sept 2025, Fathi dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas tiga pertuduhan merogol dan amang seksual remaja 13 tahun.Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Bagi pertuduhan pertama, Fathi didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang ketika itu berusia 13 tahun dalam kereta di kawasan parkir Dataran Eco World, Bandar Baru Puncak Alam pada Jun 2021.Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat.Bagi dua lagi pertuduhan, dia didakwa merogol seorang remaja 13 tahun dalam sebuah kereta di kawasan parkir lokasi sama pada 3 petang dan 7 malam awal Julai serta 27 Julai 2021.Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah disebat, jika sabit kesalahan.
Summary from source