HomeWorld

Guna pakai AI atau berisiko disingkir, penjawat awam diberitahu

World 1 source 1 country 14m ago

Ketua Setiausaha Kementerian Digital Fabian Bigar berkata, penjawat awam yang gagal guna pakai AI akan ketinggalan ketika teknologi sedang ubah landskap tempat kerja. PUTRAJAYA: Penjawat awam yang gagal menerima pakai kecerdasan buatan (AI) berisiko ketinggalan ketika teknologi sedang mengubah landskap tempat kerja, kata Ketua Setiausaha Kementerian Digital Fabian Bigar. Mengakui kebimbangan bahawa AI berpotensi mengambil alih pekerjaan, Bigar berkata, risiko yang lebih besar ialah kegagalan menyesuaikan diri dengan kepesatan kemajuan teknologi.

“Sudah tentu wujud kebimbangan mengenai pekerjaan yang akan diambil alih (oleh AI),” katanya pada majlis pelancaran laporan bersama antara kementeriannya dengan Bank Dunia hari ini. “Tetapi jika anda tidak menyesuaikan diri atau membangunkan kemahiran tersebut, anda mungkin akan disingkirkan terlebih dahulu. Bagi saya, itu isu yang lebih penting.” Beliau menggesa penjawat awam agar memperoleh kemahiran AI dan ‘menguasai teknologi’, bukannya membiarkan ‘teknologi menguasai’.

Bigar juga memberi amaran bahawa kemajuan pesat dalam AI generatif boleh mewujudkan cabaran baharu kepada sistem keadilan, memandangkan imej dan video janaan AI semakin sukar dibezakan daripada bukti sahih. Beliau berkata, agensi penguatkuasaan undang-undang mungkin berdepan kesukaran bergantung pada bukti bergambar atau video, lantas menimbulkan persoalan tentang bagaimana mahkamah akan menilai bahan sedemikian ketika teknologi AI terus berkembang. Laporan bertajuk ‘Building Malaysia’s Future Government: Unlocking Public Sector Productivity with GovTech’ itu dihasilkan melalui kerjasama antara Kementerian Digital, Jabatan Digital Negara, dan Pejabat AI Kebangsaan bagi menyokong fasa seterusnya transformasi digital sektor awam.

Lebih daripada sekadar isu IT Bigar berkata, salah satu halangan terbesar transformasi digital ialah salah faham bahawa ia hanya tanggungjawab jabatan IT semata-mata. Katanya, transformasi digital adalah mengenai perubahan budaya organisasi dan cara institusi beroperasi, bukan sekadar penggunaan teknologi baharu. Kerjasama bermakna merentas agensi kerajaan tidak boleh bergantung semata-mata pada jawatankuasa rasmi atau arahan daripada pemimpin kanan, tambahnya.

Sebaliknya, agensi yang mempunyai hala tuju sama perlu bekerjasama, menyelesaikan masalah satu sama lain dan berkongsi penghargaan, bukannya bersaing meraih pengikt… Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Digital KKM, Dr Vivek Jason Jayaraj, (hujung kiri) bersama ahli panel IRC 2026 membincangkan inovasi sistem kesihatan negara. KUALA LUMPUR: Pesakit bakal menikmati perkhidmatan lebih lancar semasa mendapatkan rawatan apabila rekod perubatan elektronik diperluaskan ke lebih banyak hospital dan klinik kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut pakar kesihatan.

Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Digital Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Vivek Jason Jayaraj, berkata usaha itu sebahagian pelan memperkukuh pendigitalan sistem kesihatan, dengan matlamat meletakkan pesakit sebagai tumpuan utama. Antara perubahan yang akan dilihat ialah doktor akan menggunakan sistem digital untuk merekod kesihatan pesakit, malah keputusan makmal dan radiologi turut disepadukan secara elektronik. “Sekarang ini, doktor masih menggunakan pen dan kertas ketika memberikan rawatan di klinik.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →