HomeAsia-Pacific

Pengadu dakwa diperas polis dikehendaki China kerana ‘scammer’

Asia-Pacific 1 source 1 country 55m ago

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, berkata timbul keraguan dalam pasport dikemuka pengadu kerana bercanggah maklumat Interpol. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Lelaki warga asing mendakwa diperas ugut dikenal pasti individu dikehendaki pihak berkuasa China kerana disyaki 'scammer'.Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, berkata semakan menerusi Interpol mendapati pengadu lahir di China dan memegang kerakyatannya, berbeza dengan dakwaannya menyatakan dilahirkan di Pontianak, Indonesia."Semakan menerusi Interpol mendapati pengadu adalah warganegara China dan dikehendaki di negara China atas kesalahan penipuan."Selain itu terdapat keraguan dalam pasport yang dikemukakan oleh pengadu yang menyatakan pengadu lahir di Pontianak, Indonesia sedangkan semakan Interpol mendapati tempat lahir pengadu adalah di China," katanya dalam kenyataan.Katanya, susulan itu lelaki berkenaan dan teman wanitanya direman 14 hari bagi membantu siasatan, manakala seorang lagi rakan pengadu yang juga warga Thailand dibebaskan semalam susulan semakan imigresen mendapati mempunyai dokumen sah.Semalam, dilaporkan kertas siasatan tatatertib dibuka terhadap 12 pegawai dan anggota yang didakwa memeras ugut RM2 juta daripada seorang warga asing.Pengarah Jabatan Integriti dan Mematuhi Standard Bukit Aman, Aida Abdul Hamid, berkata tindakan itu diambil seiring dengan siasatan oleh Jabatan Siasatan Jenayah.Fadil berkata, seramai 15 anggota polis diberkas sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas kes peras ugut itu. Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →