HomeWorld

Australian regulator sues Telegram over terrorist content

World 1 source 1 country 46m ago

Telegram didakwa gagal menurunkan kandungan propengganas yang boleh diakses secara awam. (Gambar Pexels)CANBERRA: Pengawal selia keselamatan dalam talian Australia memulakan tindakan undang-undang terhadap platform pemesejan Telegram atas dakwaan kegagalan menurunkan kandungan yang mempromosikan keganasan, menurut laporan Xinhua.Pejabat Pesuruhjaya eSafety pada Khamis memaklumkan ia telah memulakan prosiding sivil di Mahkamah Persekutuan terhadap Telegram, dengan mendakwa platform itu gagal mematuhi kewajipan keselamatan di bawah undang-undang keselamatan dalam talian Australia.Ia akan mendakwa di mahkamah bahawa Telegram gagal menurunkan kandungan propengganas yang boleh diakses secara awam, termasuk video yang memaparkan pelaksanaan hukuman mati oleh pengganas, selepas bahan berkenaan dilaporkan oleh pengguna di Australia.Katanya, video serangan tembakan beramai-ramai di masjid Christchurch, New Zealand pada 2019 serta insiden tembakan beramai-ramai di Bandar Buffalo, Amerika Syarikat pada 2022 kekal berada di Telegram selama hampir tiga bulan sebelum dikeluarkan.Platform digital yang gagal mematuhi kod dan piawaian keselamatan dalam talian Australia berdepan denda sehingga ASD54.6 juta (USD38 juta).Pesuruhjaya eSafety, Julie Inman Grant, berkata dalam satu kenyataan bahawa adalah 'lebih penting daripada biasa' bagi platform digital untuk melindungi komuniti susulan serangan pengganas di Bondi pada Disember."Perkara ini seharusnya membimbangkan kita semua. Kita bercakap mengenai bahan dalam talian yang paling berbahaya, dan undang-undang Australia menghendaki perkhidmatan di seluruh ekosistem dalam talian mengambil tanggungjawab atas peranan yang dimainkan dalam membenarkan bahan ini disebarkan," katanya."Tiada platform yang mengatasi undang-undang, dan tindakan ini menunjukkan bahawa eSafety tidak akan teragak-agak untuk menggunakan sepenuhnya bidang kuasanya bagi melindungi rakyat Australia."Sementara itu, Menteri Komunikasi Anika Wells berkata Australia tidak akan bertoleransi dengan syarikat teknologi yang gagal mencegah, mengesan dan menurunkan bahan berkaitan keganasan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →