HomeWorld

Penggantian trek Stadium Nasional bermula, isu tender terus jadi persoalan

World 1 source 1 country 38m ago

Kerja penggantian trek Stadium Nasional sedang berjalan, sementara proses tender dan satu lagi kontrak berkaitan sistem lantai perlindungan masih dalam penelitian.KUALA LUMPUR: Bahagian pertama trek larian Stadium Nasional di Bukit Jalil telah mula ditanggalkan, menandakan bermulanya kerja penggantian trek yang masih menjadi persoalan berhubung cara kontrak bernilai lebih RM15 juta itu dianugerahkan.Tender berkenaan telah mendapat perhatian selama beberapa bulan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Parlimen, pihak audit serta komuniti olahraga menjelang Sukan SEA 2027.Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Dr Helmy Haja Mydin, berkata pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada mana-mana pihak berkuasa untuk menghentikan kerja-kerja tersebut.Menurut Helmy, penangguhan projek secara berterusan akan menjejaskan persiapan menghadapi Sukan SEA 2027 dan perbadanan itu akan terus mematuhi proses undang-undang selagi tiada arahan sebaliknya.SPRM kini menyiasat proses perolehan tersebut, manakala bekas ketua pegawai eksekutif Iliyas Jamil, turut membuat laporan polis berhubung tender berkenaan.Pembida yang mendapat markah tertinggi pula telah meminta Jabatan Audit Negara menyemak proses perolehan itu dan turut menghantar surat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen.Bagaimanapun, kedua-dua pihak berkenaan masih belum menyatakan sama ada mereka akan mengambil tindakan terhadap aduan tersebut.FMT sebelum ini melaporkan lembaga tender mengetepikan cadangan firma perunding yang meletakkan pembida tertinggi sebelum memberikan kontrak kepada pembida kedua.Dokumen yang dilihat FMT menunjukkan firma perunding itu memberikan markah 91.51 mata kepada pembida tertinggi, manakala pembida kedua memperoleh 78.15 mata.Keputusan itu turut mencetuskan perdebatan dalam kalangan atlet, jurulatih dan pegawai olahraga yang mempersoalkan rekod prestasi trek yang dipilih dalam pertandingan antarabangsa bertaraf tinggi, ketahanan jangka panjangnya serta sama ada ia memberikan nilai terbaik kepada wang rakyat.Pembida yang mendapat markah tertinggi kemudian meminta Jabatan Audit Negara menyiasat sama ada proses perolehan itu mematuhi prinsip kerajaan iaitu 'nilai untuk wang'.Dalam aduannya, syarikat tersebut meminta juruaudit meneliti bajet projek, justifikasi teknikal terhadap sistem trek yang dipilih, sama ada penilaian tender dilakukan mengikut prosed…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →