HomeWorld

Penulis blog diperintah beli diri atas tuduhan buat hantaran palsu

World 1 source 1 country 46m ago

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. (Gambar Bernama)SEPANG: Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris membela diri atas tuduhan menerbitkan hantaran palsu berkaitan 11 Ahli Parlimen PKR yang didakwa menarik sokongan terhadap presiden parti, Anwar Ibrahim yang juga perdana menteri.Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Wan Muhammad Azri pada akhir kes pendakwaan.Dalam penghakimannya, beliau berkata, mahkamah berpuas hati ketiga-tiga elemen pertuduhan berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan berdasarkan keterangan dan dokumen yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.Ahmad Fuad turut menolak hujah pembelaan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes hanya kerana memanggil dua saksi, sebaliknya berpandangan bilangan saksi bukan faktor penentu sama ada sesuatu kes berjaya membuktikan prima facie.Beliau berkata, hantaran palsu yang mendakwa 11 Ahli Parlimen PKR menarik sokongan terhadap Anwar bukan sahaja berpotensi mengganggu ketenteraman awam, malah boleh menjejaskan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara.“Bayangkan kesan kandungan ini, bukan sahaja menimbulkan kegusaran orang ramai malah dalam konteks ini, ia menjejaskan pelabur. Jadi, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan ketiga-tiga elemen pertuduhan.

Oleh itu, mahkamah memerintahkan tertuduh membela diri,” katanya.Mahkamah kemudian menetapkan 1, 2 dan 15 Sept ini untuk prosiding bela diri, manakala keputusan kes dijadualkan pada 22 Okt.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Faten Hadni Khairuddin menegaskan, kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak bergantung kepada sama ada orang kena saman (OKS) ialah individu yang mula-mula mencipta kandungan tersebut."Tindakan OKS memuat naik kandungan palsu ke akaun Facebooknya sendiri, dengan niat yang dilarang undang-undang, sudah mencukupi untuk memenuhi elemen kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.Peguam mewakili bekas exco Pemuda Umno itu, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam hujahannya berkata, tiada bukti kukuh anak guamnya ialah individu yang membuat dan memulakan komunikasi palsu seperti yang d…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →