Timbalan Presiden Mohamad Hasan kata Umno tidak lupa 'pengalaman pahit' dalam usaha perpaduan Melayu sebelum ini.KUALA LUMPUR: Umno tidak mahu lagi 'dipermainkan' dalam usaha penyatuan politik Melayu-Islam dan akan lebih berhati-hati terhadap sebarang kerjasama pada masa depan, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.Mohamad berkata parti itu mempunyai pengalaman pahit dalam usaha perpaduan Melayu sebelum ini dan tidak mahu perkara sama berulang."Umno pernah dipermainkan dalam politik perpaduan Melayu Islam ini," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.“Kita tidak akan lupa pengalaman pahit itu. Justeru Umno tidak akan membiarkan ia diperbudakkan lagi," katanya, tanpa menamakan mana-mana parti atau menceritakan pengalaman itu secara khusus.Beliau berkata pengalaman berkenaan menyebabkan Umno mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap sebarang usaha untuk menjalinkan kerjasama atas nama penyatuan Melayu."Pendirian Umno sangat jelas. Anda ikhlaskan diri, kami juga akan ikhlaskan segalanya, insya-Allah," katanya.Sebelum ini, Muafakat Nasional yang ditubuhkan Umno dan PAS pada Sept 2019 terkubur selepas PAS membentuk Perikatan Nasional bersama Bersatu, dan pada masa yang sama mahu Bersatu diterima dalam MN tetapi dibantah Umno.Penegasan oleh Mohamad malam tadi di sebalik cakap-cakap mengenai penjajaran semula politik antara Barisan Nasional dan PAS serta sekutunya dalam PN, susulan gandingan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.
Umno melihat dirinya sebagai parti yang melahirkan nasionalisme Melayu dan mahu terus menjadi payung kepada usaha menyatukan Melayu, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.KUALA LUMPUR: Penyatuan politik Melayu boleh berlaku pada bila-bila masa dan Umno sentiasa membuka pintu kepada kerjasama merentas parti serta ideologi, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.Bagaimanapun, Mohamad berkata sebarang kerjasama perlu mempunyai hala tuju jelas serta berteraskan visi 'Rumah Bangsa' yang dipelopori Umno."Tidak pernah sekalipun Umno menutup ruang untuk kesatuan bangsa Melayu dilaksanakan rentas parti dan ideologi," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.Menurutnya, Umno sedia menyambut gagasan menyatukan orang Melayu daripada pihak lain, namun kerjasama mesti berlandaskan niat ikhlas dan kepentingan strategik politik Melayu-Islam, bukannya bersifat sementara atau bermusim.Ia juga tidak boleh bertujuan mengambil kesempatan terhadap kekuatan atau kelemahan Umno, katanya."Penyatuan politik Melayu itu boleh berlaku pada bila-bila masa, dalam apa jua keadaan," katanya.Mohamad berkata sebarang kerjasama politik Melayu juga perlu berasaskan semangat dan aspirasi 'Rumah Bangsa', mengatakan kerjasama yang tidak dimeterai berlandaskan visi berkenaan tidak akan memberi manfaat kepada Umno.Beliau turut menegaskan Umno mahu memainkan peranan utama dalam kerjasama berkenaan."Kerjasama ini mesti dinaungi oleh Umno. Ia mesti menjadikan Umno itu asas, tiang seri dan prinsip utuh yang mengikat semua kepada kepentingan Melayu," katanya.Mohamad berkata Umno melihat dirinya sebagai parti yang melahirkan nasionalisme Melayu dan mahu terus menjadi payung kepada usaha menyatukan Melayu.Pada masa sama, sebarang bentuk kerjasama politik Melayu-Islam perlu kekal fleksibel dan tidak semestinya diterjemahkan kepada pembentukan perikatan politik baharu, katanya.
Summary from source