HomeWorld

Loke apologizes for losing in Chennah, acknowledges challenge in gaining Malay support

World 1 source 1 country 36m ago

Loke Siew Fook gagal pertahan kerusi DUN Chennah selepas tewas kepada calon BN pada PRN Negeri Sembilan.PUTRAJAYA: Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook memohon maaf kepada perwakilan kongres khas parti itu hari ini di atas kekalahannya di DUN Chennah pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu.Loke menjelaskan keputusannya bertanding bukan semata-mata untuk peribadi, sebaliknya mahu membuktikan DAP mampu mendapat sokongan lebih luas daripada pengundi pelbagai kaum.Bagaimanapun, beliau mengakui misi itu tidak berjaya selepas parti gagal meraih sokongan Melayu dan Orang Asli pada tahap diharapkan."Saya memohon maaf kepada perwakilan atas kekalahan ini di Chennah,” katanya ketika berucap pada kongres itu sambil menegaskan DAP perlu mencari jalan memecahkan 'tembok' politik perkauman jika mahu memperluas penerimaan parti dalam kalangan rakyat.Menteri pengangkutan itu tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon dengan majoriti 688 undi pada PRN itu.Loke turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pengerusi DAP Negeri Sembilan, yang diterajuinya selama 22 tahun, atas rasa bertanggungjawab terhadap kekalahan di DUN Chennah dan Repah.DAP menang sembilan kerusi dan gagal mempertahankan dua kerusi berkenaan.Di sebalik kekalahan pada beberapa pilihan raya, Loke mengingatkan ahli DAP ia tidak seharusnya melemahkan perjuangannya, sambil menyatakan parti itu pernah melalui banyak kekalahan sepanjang sejarahnya.“Pilihan raya ada menang, ada kalah. Kita sudah ada pengalaman pilihan raya selama 60 tahun. Kita menghadapi banyak kekalahan pada awal perjuangan kita, tetapi kita tidak berputus asa dan terus bergerak ke hadapan.“Selagi kita tidak berputus asa, masa depan DAP akan diterima oleh majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

Lebih 4,000 perwakilan akan menentukan hari ini sama ada DAP perlu kekal dalam kerajaan atau melepaskan jawatan dalam kerajaan bagi baki penggal Parlimen semasa.PETALING JAYA: Enam puluh tahun selepas dilancarkan, adakah Roket DAP sudah tersasar daripada haluannya?Parti berbilang kaum yang banyak bertunjangkan sokongan masyarakat Cina itu pernah menjadi pilihan utama golongan yang kecewa dengan keadaan politik negara.DAP membawa pelbagai isu yang dekat di hati mereka — daripada hak golongan minoriti dan asimilasi budaya, kepada kesaksamaan ekonomi serta Dasar Ekonomi Baru, selain isu tadbir urus, rasuah dan hak asasi manusia.Ketika berada dalam pembangkang, pendekatan itu lebih mudah dilakukan.Namun, semangat parti itu untuk berdebat secara lantang dan mengeluarkan kenyataan yang mencuri perhatian kini semakin pudar.Ketika DAP masih cuba bangkit daripada beberapa kekalahan pilihan raya, 'gelombang biru' pula sudah mula mengubah landskap politik negara.Pada kongres khas parti hari ini, kira-kira 4,000 perwakilan akan berdepan dengan krisis tersebut.Mereka perlu memutuskan sama ada DAP patut keluar daripada kerajaan sekarang, yang akan menyaksikan menteri dan timbalan menterinya kembali menjadi Ahli Parlimen biasa di bangku belakang Dewan Rakyat bagi baki penggal Parlimen semasa.Kongres khas ini berlangsung pada waktu yang amat genting bagi parti itu.DAP mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya Sabah pada November tahun lalu. Dalam pilihan raya Johor pada Julai, parti itu kehilangan empat daripada 10 kerusi Dewan Undangan Negeri yang sebelum ini dikuasainya.Namun, tamparan paling besar ialah kekalahan Setiausaha Agungnya Loke Siew Fook, di kerusi Chennah pada pilihan raya Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu. Jumlah kerusi DAP dalam DUN negeri itu berkurangan daripada 11 kepada sembilan.Loke Siew Fook.Loke sendiri mengakui parti itu kini berdepan 'krisis keyakinan yang serius'.

Keadaan itu mendorong DAP untuk kembali memberi tumpuan kepada agenda reformasi, yang menjadi tonggak utama manifesto Pakatan Harapan (PH) pada PRU15.Namun, di sebalik semua itu timbul persoalan lebih besar: adakah penyertaan dalam kerajaan perpaduan sebenarnya mengukuhkan DAP, atau sebaliknya menghakis identiti yang pernah menjadikannya sebuah kuasa besar dalam pilihan raya?Masa untuk bermuhasabahPenganalisis Asrul Sani berkata perwakilan DAP perlu menilai sama ada penyertaan parti itu dal…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →