Naib Presiden PKR Amirudin Shari, berkata BN dan PN mula berdepan masalah sebelum 'berkahwin'. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Naib Presiden PKR Amirudin Shari menyindir Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dengan mendakwa kerjasama bagi PRN Negeri Sembilan mula retak sebelum hari pengundian.Amirudin memetik seruan Pengerusi BN Zahid Hamidi agar Sanusi Nor daripada PAS tidak turun berkempen susulan kenyataan kontroversi pengarah pilihan raya PN itu pada satu ceramah.Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar kemudiannya menepis kenyataan Zahid, sambil menegaskan Sanusi bebas untuk berkempen menjelang tarikh pengundian pada 1 Ogos ini."Pernah nampak perkara ini berlaku waktu BN-PH berbagi kerusi (pada PRN lalu) untuk elak pertembungan?"Baru 'talking stage' dah kecoh. Belum kahwin lagi ni," kata pengarah pilihan raya PH itu dalam catatan di Threads.Di bawah persefahaman pilihan raya PRN Negeri Sembilan, BN bertanding di 25 kerusi, manakala PN merebut baki 11 kerusi.PH yang membentuk kerajaan perpaduan di pusat bertanding secara solo di semua 36 kerusi, manakala komponen PN, Bersatu, meletakkan 24 calon di bawah lambang sendiri, sekali gus mencetuskan pertembungan dengan BN-PN.Mayoriti mudah 19 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri, manakala kemenangan 24 kerusi akan memberi majoriti dua pertiga dalam DUN Negeri Sembilan.
Summary from source