Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar kata jentera PN dan BN sedang aktif menjalankan kempen.PETALING JAYA: Persefahaman antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman, tegas Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau dipetik Harian Metro sebagai berkata dakwaan itu hanya propaganda untuk mempengaruhi pengundi."Kalau kita tengok propaganda ini, mereka lakukan berulang-ulang, dengan tujuan lama-lama orang akan percaya," katanya kepada pemberita selepas program sempena PRN di Senawang, Negeri Sembilan.Samsuri juga berkata jentera PN dan BN sedang aktif menjalankan kempen, di sebalik dakwaan kempen PN kurang cergas."Orang biasa mungkin melihatnya agak sejuk, tapi kempen sedang berjalan sangat aktif di kalangan jentera BN dan PN," katanya.Pada pertemuan sama, Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, berkata usaha mengerakkan kempen bersama rakan persefahaman baharu akan mengambil 'sedikit masa'.Katanya, kempen di kawasan ditandingi BN dan PN bergerak lancar. "Orang kahwin pun perlu ambil masa... lambat sikit," katanya.Di bawah persefahaman pilihan raya PRN Negeri Sembilan, BN bertanding di 25 kerusi, manakala PN merebut baki 11 kerusi.Negeri Sembilan akan ke peti undi pada 1 Ogos.
Summary from source