Laporan PAC yang dibentangkan pada Julai lalu dedah beberapa kelemahan dalam pelaksanaan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), termasuk lambakan kuota dan pengurusan subsidi. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memansuhkan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) secara berperingkat dan menyalurkan peruntukannya kepada bantuan lebih bersasar seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), susulan dakwaan ketirisan dan kelemahan pengurusan skim itu.Tan Kar Hing (PH-Gopeng) berkata, langkah itu perlu bagi memastikan wang rakyat digunakan secara lebih berkesan, terutama ketika kerajaan berdepan kekangan fiskal dan peningkatan kos membiayai hutang negara.Jelasnya, laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan pada Julai lalu mendedahkan beberapa kelemahan dalam pelaksanaan COSS, termasuk lambakan kuota, pengurusan subsidi dan ketelusan pembayaran kepada kilang penapis serta syarikat pembungkus minyak masak."Saya ingin mengesyorkan mansuhkan program ini secara berperingkat supaya kita boleh fokuskan kepada pendekatan yang lebih bersasar seperti SARA yang mana saya rasa langkah ini adalah penterjemahan sebenar kepada konsep perbelanjaan berhemah dan ketepatan sasaran subsidi,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.Beliau berkata, sebanyak RM10.879 bilion dibelanjakan untuk skim itu dari 2019 hingga 2025, bersamaan kira-kira RM1.55 bilion setahun.Menurutnya, 67% kuota skim itu dikuasai syarikat pemodal asing, manakala hanya sebahagian kecil diuruskan syarikat tempatan.“Kita lihat kalau ketirisan ini berlaku, diuruskan dengan tidak baik, di pasaran pun kadang-kadang tak dapat. Ada masalah penguatkuasaan dan sebagainya."Lebih baik kita beralih kepada dasar-dasar seperti MediAsas yang menyediakan perlindungan kesihatan kepada golongan sasaran,” katanya.Berhubung kebimbangan pemansuhan subsidi minyak masak boleh meningkatkan kos operasi perniagaan makanan dan minuman, dan seterusnya membebankan pengguna, Tan berkata, skim tersebut pada asalnya bukan bertujuan untuk kegunaan perniagaan, walaupun sebahagian pengusaha mikro dipercayai turut menggunakannya.Sementara itu, menyentuh kedudukan fiskal negara, beliau berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan unjuran hasil Belanjawan 2027 sebanyak RM380 bilion kerana angka itu belum mengambil kira kesan langkah fiskal baharu, termasuk pengurangan cukai individu dan korporat.K…
Ahli Parlimen Julau Larry Sng berkata AirAsia memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat, menyokong pelancongan dan menyediakan pilihan penerbangan yang mampu milik. (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Kerajaan perlu mempertimbangkan sumbangan AirAsia kepada sektor pelancongan dan ekonomi negara sebelum memutuskan sama ada mahu memberikan bantuan kepada syarikat penerbangan tambang murah itu, kata seorang Ahli Parlimen.Ketika membahaskan Belanjawan 2027, Larry Sng (PBM-Julau) berkata syarikat itu memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat, menyokong pelancongan dan menyediakan pilihan penerbangan yang mampu milik."Kerajaan patut mempertimbangkan kepentingan kesambungan udara sektor pelancongan dan sumbangannya kepada ekonomi negara sebelum membuat sebarang keputusan mengenai bantuan tersebut,” katanya di Dewan Rakyat.Sng berkata operasi syarikat penerbangan itu penting bagi memastikan perjalanan udara kekal mampu diakses oleh orang ramai."Jika AirAsia tutup, saya fikir 'not everyone can fly'. Saya berpandangan bahawa memastikan AirAsia terus beroperasi adalah penting demi kepentingan ekonomi negara," katanya.Minggu lalu, Reuters melaporkan bahawa pengasas bersama AirAsia, Tony Fernandes, bertemu pegawai Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan untuk membincangkan kos berkaitan penerbangan, di tengah-tengah kebimbangan mengenai kedudukan kewangan syarikat itu.Laporan itu, yang memetik tiga individu yang mengetahui perkara tersebut, menyatakan bahawa perbincangan turut tertumpu pada kemungkinan kerajaan menyokong usaha AirAsia mengumpul dana, tertakluk pada syarat dicadangkan dan masih dalam perbincangan.Bagaimanapun, Fernandes berkata pertemuan itu tertumpu pada kos berkaitan penerbangan, termasuk caj lapangan terbang dan bahan api, dan tiada perbincangan mengenai bantuan kewangan.
Fernandes juga menafikan bahawa beliau meminta bantuan daripada kerajaan.Fernandes berkata beliau kekal yakin bahawa AirAsia mampu mengharungi tempoh sukar itu tanpa bantuan kerajaan, tetapi menambah bahawa syarikat itu tidak akan menolak bantuan sekiranya ditawarkan.Syarikat itu terjejas akibat kenaikan kos bahan api jet dan melaporkan kerugian bersih sebanyak RM831 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, sebahagiannya disebabkan oleh perbelanjaan bahan api yang lebih tinggi dan kerugian pertukaran wang asing.Reuters turut melaporkan bahawa AirA…
Summary from source