Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan hadir pada sesi ramah mesra sempena Kejohanan Woodball Dunia 2026 di Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: Atlet dan pegawai kontinjen dari pelbagai negara memuji kemudahan serta pengurusan Kejohanan Woodball Dunia Ke-10 yang berlangsung di Perlis.Mereka menyifatkan Laman Woodball di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), sebagai antara gelanggang woodball kekal terbaik di dunia.Menurut kenyataan Istana Arau, peserta berpuas hati dengan keadaan padang, tahap penyelenggaraan serta susun atur gelanggang yang mencabar dan sesuai untuk pertandingan.Kerja penyelenggaraan selepas setiap acara turut menerima pujian kerana memastikan gelanggang sentiasa berada dalam keadaan optimum walaupun kejohanan pada awalnya berdepan cuaca tidak menentu.Gelanggang simpanan dan latihan pra-kejohanan di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UiTM Perlis, turut dinilai berada pada tahap baik.Maklum balas itu disampaikan kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dalam sesi ramah mesra di Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.Turut berangkat anakanda baginda Sharifah Farah Adriana Jamalullail. Baginda berdua turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama atlet, pegawai kontinjen serta pengurusan kejohanan.Peserta turut menyifatkan pengurusan kejohanan sebagai tersusun, profesional dan memenuhi piawaian antarabangsa, hasil kecekapan pasukan teknikal, penyelarasan acara dan komitmen petugas.Kemudahan pengangkutan serta bantuan pegawai pengiring yang disediakan kepada setiap kontinjen turut mendapat maklum balas positif.Dari segi kebajikan, makanan yang disediakan dikatakan sesuai dengan cita rasa antarabangsa, tidak terlalu pedas dan mencukupi, manakala buah-buahan serta minuman percuma dianggap satu kemudahan istimewa.Peserta juga memuji majlis perasmian yang disifatkan ringkas tetapi berkesan, selain mengiktiraf peningkatan prestasi atlet Malaysia sepanjang kejohanan.Penganjuran itu dilihat membuktikan keupayaan Perlis dan UniMAP menyediakan kemudahan sukan bertaraf dunia, selain berpotensi mengembangkan woodball, mengukuhkan hubungan antara negara dan merancakkan pelancongan sukan di ne…
Summary from source