Premier Sarawak Abang Johari Openg, berkata Petros telah mengadakan perbincangan lebih setahun dengan syarikat infrastruktur tenaga Norway, Höegh Evi, bagi membangun, memiliki, dan mengendalikan terminal LNG Kuching.PETALING JAYA: Premier Sarawak Abang Johari Openg memberi jaminan peranan syarikat minyak negeri, Petros, yang semakin meningkat dalam sektor gas Sarawak bukan bertujuan menggantikan Petronas.Beliau berkata, kerajaan negeri kekal komited bekerjasama dengan Petronas walaupun ia meningkatkan kapasitinya untuk memproses sumber negeri dan membangunkan kemudahan terminal gas asli cecair (LNG) Kuching, menjelang 2029."Ada orang kata saya mahu bunuh Petronas. Kita lakukan mengikut hak kita dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan kita masih bersama (Petronas),” katanya menurut Dayak Daily, di Mukah.Beliau berkata, Petros telah mengadakan perbincangan lebih setahun dengan syarikat infrastruktur tenaga Norway, Höegh Evi. Kedua syarikat itu mengumumkan satu perjanjian pembangunan bersama pada Khamis untuk membangun, memiliki, dan mengendalikan terminal LNG Kuching.Abang Johari berkata, Sarawak juga sedang mempertimbangkan pembinaan kilang LNG berskala kecil menggunakan bekalan mentah yang terdapat di negeri itu, selain membangunkan aktiviti hiliran.Pemprosesan gas di peringkat tempatan akan membolehkan Sarawak mengusahakan produk bernilai lebih tinggi dan mengurangkan kebergantungannya terhadap harga gas yang tidak menentu.Beliau berkata, Sarawak juga sedang mengusahakan penangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) di luar perairan kawasan Mukah-Balingian.
Sarawak premier Abang Johari Openg said Petros had been in discussions for more than a year with Norwegian energy infrastructure company Höegh Evi to develop, own and operate the Kuching LNG terminal.PETALING JAYA: Sarawak premier Abang Johari Openg has given an undetaking that the growing role of the state oil company Petros in Sarawak’s gas sector is not aimed at displacing Petronas.He said the state government remains committed to working with Petronas, even as it increases its capacity to process Sarawak’s resources and develops the state’s first liquefied natural gas (LNG) regasification facility by 2029.“Many people say I want to kill Petronas, or that Petros will undermine Petronas. We share opportunities with Petronas,” he was quoted by Dayak Daily as saying in Mukah today.He said Petros had been in discussions for over a year with Norwegian energy infrastructure company Höegh Evi. The two companies announced a joint development agreement on Thursday to develop, own and operate the Kuching LNG terminal.Abang Johari said Sarawak was also looking at establishing small-scale LNG plants using feedstock available in the state, with regasification allowing LNG to be converted back into gas for downstream activities.Processing gas locally would allow Sarawak to pursue higher-value products and reduce its reliance on fluctuating gas prices.
He said Sarawak was also pursuing carbon capture, utilisation and storage off the Mukah-Balingian area as part of its broader energy strategy.
Summary from source