HomeWorld

PH's claim of racial politics benefits is inaccurate, says DAP MP

World 1 source 1 country 47m ago

Chong Zhemin menolak pandangan Ong Kian Ming bahawa PH turut mendapat manfaat secara tidak langsung daripada politik identiti.PETALING JAYA: Sokongan kuat daripada sesuatu komuniti tidak membuktikan Pakatan Harapan (PH) menggunakan politik perkauman untuk meraih undi, kata Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin.Wakil rakyat DAP itu menolak pandangan bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming bahawa PH turut mendapat manfaat secara tidak langsung daripada politik identiti."Mengatakan PH mendapat manfaat daripada politik perkauman ibarat mengatakan kebotakan itu satu gaya rambut."Ia mencampuradukkan hasil politik dengan strategi politik yang disengajakan,” katanya dalam kenyataan.Ong yang juga dari DAP pada program audiosiar Keluar Sekejap dipetik berkata PH juga pernah mendapat manfaat daripada naratif kaum dalam pilihan raya sebelum ini dan tidak wajarmenyalahkan politik identiti pihak lawan semata-mata atas kekalahannya dalam PRN Negeri Sembilan.Menurutnya, PH sebelum ini turut menyeru pengundi bukan Melayu supaya bersatu, sama seperti seruan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang menggesa orang Melayu memberi sokongan kepada mereka.Chong mendakwa Ong mewujudkan perbandingan tidak tepat antara kempen berteraskan rakyat Malaysia yang dibawa PH dengan mobilisasi berasaskan kaum secara terbuka oleh BN dan PN.Katanya, PH tidak pernah menyeru satu kaum bersatu menentang kaum lain atau menggambarkan mana-mana komuniti sebagai ancaman."Kami tidak pernah memberitahu pengundi Cina bahawa kepentingan mereka hanya boleh dilindungi dengan mengalahkan orang Melayu dan kami juga tidak pernah memberitahu pengundi India bahawa mana-mana kaum lain ancaman kepada mereka."Mesej utama PH selama ini ialah rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama, mesti bersatu mempertahankan tadbir urus yang baik, kesederhanaan, keadilan ekonomi dan institusi demokrasi," katanya.Beliau menegaskan sokongan kuat daripada sesuatu komuniti tidak secara automatik menjadikan kempen sesebuah parti bersifat perkauman."Perkara yang penting ialah bagaimana sokongan itu diperoleh dan mesej yang digunakan untuk menggerakkan pengundi."Sebaliknya, BN-PN berulang kali menggunakan DAP sebagai sasaran, ancaman dan bahan belasahan politik untuk menakutkan pengundi Melayu."DAP dipersalahkan dalam pelbagai isu, manakala pengundi Melayu digesa menyatukan kuasa politik mereka bagi melindungi hak dan k… Bekas Ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming mempersoalkan mengapa Pakatan Harapan tidak mengetengahkan ahli majlis tempatan dan ketua kampung Melayu sebagai calon dalam PRN Negeri Sembilan. (Gambar Keluar Sekejap) PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming berkata Pakatan Harapan (PH) juga pernah mendapat manfaat daripada naratif kaum dalam pilihan raya sebelum ini, justeru tidak wajar menyalahkan politik identiti pihak lawan semata-mata atas kekalahannya dalam PRN Negeri Sembilan.

Dalam audiosiar Keluar Sekejap, Ong berkata PH sebelum ini turut menyeru pengundi bukan Melayu supaya bersatu, sama seperti seruan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang menggesa orang Melayu memberi sokongan kepada mereka. "Saya mendengar sidang media Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Khalid Samad (pengarah komunikasi Amanah), bahawa mereka kalah kerana ada naratif perkauman dalam kempen PRN di Negeri Sembilan. "Bagi saya, ia berlaku dua hala kerana sebelum ini mungkin Pakatan Harapan pun ada manfaat daripada laungan mungkin secara tidak langsung di mana mereka kata, pengundi bukan Melayu mesti bersatu supaya boleh mendapatkan kuasa yang lebih.

"Tetapi sekarang, apabila ada penyatuan parti Melayu dan juga pengundi Melayu untuk BN dan PN, naratif itu mula macam berubah sedikit," katanya. Bekas menteri, Khairy Jamaluddin, yang merupakan hos bersama audiosiar itu bersetuju dengan pandangan tersebut sambil berkata PH sebelum ini menggunakan 'rujukan berkias' terhadap 'gelombang hijau' sebagai isyarat kepada pengundi Cina supaya bersatu menyokong gabungan itu. "Ada konotasi yang sama, lebih kurang sama dengan apa yang disebut oleh calon BN dan PN, iaitu penyatuan Melayu untuk memastikan bahawa kepentingan Melayu dijaga dengan baik.

"Sudah tentu, dalam kedua-dua keadaan, tiada siapa secara terbuka mengatakan ia dilakukan dengan mengorbankan pihak lain. Dan untuk berlaku adil, PH juga tidak pernah berkata begitu. Khairy turut menolak dakwaan bahawa kempen BN tidak mempunyai kandungan dasar, sambil berkata ucapan dan program yang dihadirinya menyentuh isu seperti pihak berkuasa tempatan, cukai taksiran, peluang pekerjaan dan pelaburan langsung asing, walaupun perkara itu kurang mendapat perhatian.

Seorang lagi hos audiosiar itu, bekas Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, berkata politik identiti tel…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →