HomeWorld

PH resah lihat kerjasama BN-PN, kata pemimpin Umno

World 1 source 1 country 56m ago

Ahli MKT Umno Razlan Rafii kata rakyat sudah buat keputusan untuk beri undi kepada BN sebelum DUN bubar. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Dakwaan kerjasama Barisan Nasional-Perikatan Nasional akan 'karam' hanya menunjukkan keresahan pemimpin Pakatan Harapan, menurut pemimpin Umno dan PAS.Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii, mendakwa keresahan tersebut berlatarkan kekecewaan dalam kalangan pengundi Cina, terutama terhadap DAP, serta trend pilihan raya di Sabah dan Johor."Penyokong mereka nampak dengan jelas tiada lagi suara memperjuangkan nasib mereka," dakwanya kepada FMT."Karam PH dan DAP di Sabah, karam di Johor dan akan datang di Negeri Sembilan. Rakyat sudah membuat keputusan sebelum pembubaran lagi untuk memberi undi kepada BN."Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, percaya PH berdepan gelombang penolakan.

"Pengalaman pahit yang dihadapi oleh PH khususnya DAP di Sabah, Johor akan diulang di Negeri Sembilan."PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN bertanding di 25 kerusi manakala PN 11, dan bertembung dengan Pakatan Harapan di semua 36 kerusi.Terdahulu, Timbalan Setiausaha Agung DAP Hannah Yeoh berkata kerjasama BN-PN tidak memiliki nilai ‘politik persahabatan’ kerana setiap pihak lebih mementingkan cita-cita sendiri untuk menguasai tampuk kepimpinan negara.Negeri Sembilan akan ke peti undi pada 1 Ogos.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →