HomeWorld

PH tumbang lebih utama, kata Mukhriz

World 1 source 1 country 36m ago

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, berkata ada ahli akar umbi persoal kerjasama PN-BN, namun ia tidak meluas.SEREMBAN: Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata parti itu mempunyai 'pandangan sedikit berbeza' berkait kerjasama Perikatan Nasional (PN)-Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan, namun menerimanya demi menumbangkan Pakatan Harapan (PH).Mukhriz, yang juga timbalan pengerusi PN, berkata namun parti mengiktiraf ia formula terbaik untuk menumpaskan PH. "Kami adalah ahli baru PN, dan kami tidak mahu mencetuskan masalah pada peringkat awal kemasukan kami," katanya.Beliau berkata, BN menyedari gabungan berkenaan memerlukan 'sedikit lagi bantuan' untuk menang PRN Negeri Sembilan walaupun berpeluang cerah membentuk kerajaan."Keutamaannya memastikan kerajaan negeri PH ditewaskan – sepenuhnya, jika boleh. Kami mungkin mempunyai pandangan sedikit berbeza, tetapi kita setuju gabungan PN dan BN ini akan membentuk kerajaan baharu, dengan PH tersingkir daripada kerajaan," katanya kepada FMT.Mukhriz berkata, perbincangan mengenai hala tuju jangka panjang kerjasama PN-BN boleh dilakukan selepas pilihan raya 1 Ogos ini, terutama bagi menentukan mesej yang perlu ditekankan di bawah gabungan baharu tersebut.Pejuang sebagai parti serpihan Bersatu diasaskan bapa Mukhriz, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, di mana Bersatu itu sendiri merupakan serpihan Umno.

Mahathir keluar Umno pada 2016, manakala Mukhriz dipecat kerana lantang mengkritik perdana menteri ketika itu, Najib Razak, berhubung skandal 1MDB.Ditanya sama ada Pejuang menganggap kerjasama dengan BN yang diterajui Umno sebagai satu kompromi prinsip atau keperluan politik, Mukhriz menegaskan, partinya kekal komited dengan idealisme penubuhannya."Kami sentiasa menyatakan bahawa Pejuang tetap teguh dengan prinsip. Pada masa sama, orang ramai bercakap dengan kami mengenai pragmatisme politik. Adakah itu bermakna kompromi besar terhadap prinsip?

Itu akan menjadi masalah bagi kami."Kami mempunyai sokongan teras yang kukuh dalam kalangan mereka yang sehaluan, yang percaya apa sahaja kerajaan yang ingin kita bentuk, mestilah sebuah kerajaan berintegriti."Gabungan (PN-BN) ini masih di peringkat sangat awal. Belum ada perbincangan mendalam mengenai bagaimana dua pihak akan bekerjasama," kata Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah.Mukhriz berkata, Pejuang akan mendapatkan kej…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →