HomeAsia-Pacific

Piala Asean 2026: Harimau Malaya ‘baham’ Laos 4-0

Asia-Pacific 1 source 1 country 14m ago

Pemain Malaysia Mohamadou Sumareh (dua dari kanan) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Laos di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Malaysia meneruskan momentum kemenangan pada saingan Piala ASEAN 2026 dengan membelasah Laos 4-0 dalam aksi kedua Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam ini.Walaupun Malaysia mendominasi perlawanan sebaik wisel dibunyikan, Laos terlebih dahulu mengancam kubu skuad Harimau Malaya apabila rembatan deras jentera serangan Vilai Koulangsy diselamatkan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani pada minit ke-19.Skuad kendalian Vladica Grujic sekali lagi menguji barisan pertahanan skuad kebangsaan sebelum Muhammad Azri cemerlang menepis sepakan leret pemain sayap Xayasith Singsavang pada minit ke-25.Percubaan sulung Malaysia akhirnya hadir pada minit ke-29 tetapi sepakan percuma ketua pasukan Paulo Josue melambung tinggi, disusuli sepakan lemah pemain tengah Endrick Dos Santos tepat ke dakapan Keo Oudone Souvannasangso selang seminit kemudian.Serangan bertali arus Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila lorongan bola daripada pemain sayap muda G. Pavithran dari sebelah kiri berjaya disambar Josue yang menolak masuk gol pertama pada penghujung babak pertama.Pemain gantian Laos Chony Wenpaserth hampir mencetuskan impak sebaik perlawanan kembali bersambung pada babak kedua sebelum Muhammad Azri sekali lagi bertindak cemerlang menggunakan kaki untuk menafikan percubaan itu.Skuad kendalian ketua jurulatih sementara Tan Cheng Hoe menggandakan kelebihan pada minit ke-57 apabila gerakan dari sebelah kiri oleh Pavithran tepat menemui Endrick yang tenang mencetak gol peribadi pertamanya bagi kempen kali ini.Malang terus menimpa Laos apabila pemain pertahanan Viengay Sitdavong menjaringkan gol sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hantaran pemain sayap Mohamadou Sumareh, sekali gus menghadiahkan gol ketiga buat Malaysia sembilan minit kemudian.Pemain gantian yang berpangkalan di Amerika Syarikat Wan Ahmad Kuzain Wan Ahmad Kamal terus menceriakan 10,044 penyokong tuan rumah apabila sepakan percuma pada minit ke-84 menoktahkan kemenangan bergaya 4-0 Harimau Malaya ke atas Laos.Kemenangan itu menyaksikan Malaysia memimpin Kumpulan B dengan enam mata, diikuti Thailand di tempat kedua dengan tiga mata, Myanmar (tiga mata) serta Filipina dan Laos …

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →