Pakar jenayah menyeru pihak berkuasa meneliti sistem keselamatan di pintu masuk udara bagi mencegah eksploitasi oleh sindiket. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pihak berkuasa diseru meneliti sistem keselamatan di pintu masuk udara negara bagi menutup ruang-ruang yang boleh dieksploitasi sindiket, susulan penahanan seorang anak kapal warga Malaysia di Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup dadah.Pakar kriminologi, Shahul Hamid Abdul Rahim, menyeru siasatan bagi melihat kemungkinan sindiket mengambil kesempatan ke atas prosedur pemeriksaan yang berbeza antara anak kapal yang mempunyai laluan khas dan penumpang."Perkara ini sangat membimbangkan kerana terdapat kemungkinan besar sindiket sengaja menyasarkan golongan profesional, khususnya kru pesawat, sebagai strategi untuk menyeludup dadah," katanya kepada FMT."Golongan ini lazimnya kurang menimbulkan syak wasangka kerana mempunyai kredibiliti tinggi serta akses yang sah di lapangan terbang," katanya kepada FMT.Shahul berkata penahanan anak kapal itu tidak seharusnya dilihat sebagai kelemahan individu semata-mata, sebaliknya menuntut penilaian semula tatacara operasi standard keselamatan di lapangan terbang, pemantauan kakitangan oleh syarikat penerbangan, dan perkongsian risikan antara agensi penguat kuasa.Seorang anak kapal warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada Selasa lalu, selepas dia didakwa ditemui membawa 70,114 pil ekstasi dan 2.7 gram syabu, lapor Bernama.Pihak berkuasa Indonesia dilaporkan percaya suspek sebahagian daripada rangkaian penyeludup antarabangsa.Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, menarik perhatian FMT kepada dua jalur pada epolet pada seragam yang dipamerkan pihak berkuasa Indonesia susulan penahanan, yang menurutnya menunjukkan suspek bukan seorang juruterbang.Walaupun begitu, beliau berkata sindiket penyeludupan sememangnya sentiasa mencari individu yang mampu merentas sempadan dengan mudah."Di India, misalnya, terdapat laporan mengenai kru penerbangan yang terlibat dalam cubaan menyeludup emas, manakala di Singapura pula seorang pemandu lori diberkas kerana cuba membawa masuk vape."Walaupun ada mekanisme atau sistem keselamatan, oleh kerana ia bersifat rutin dan boleh dijangka, maka ruang atau peluang itu akan cuba dieksploitasi oleh sindiket," katanya kepada FMT.Sementara itu, Alif Jasni dari Universiti Utara Malaysia berkata s…
Summary from source