HomeWorld

PM arah isu pekerja asing sektor restoran selesai dalam tempoh sebulan

World 1 source 1 country 21m ago

Perdana Menteri Anwar Ibrahim beri tempoh kepada kementerian dan jabatan selesaikan isu pekerja asing dalam tempoh satu bulan. (Gambar Bernama)BUTTERWORTH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan isu permohonan penggajian pekerja asing mengikut keutamaan khususnya bagi sektor restoran, diselesaikan kementerian serta jabatan berkaitan dalam tempoh sebulan.Beliau berkata kerajaan memahami keperluan mendesak pengusaha restoran untuk mengisi kekosongan tenaga kerja, namun pada masa sama perlu memastikan pengambilan pekerja asing dilakukan secara terkawal."Kita tidak boleh buka ruang sepenuhnya semata-mata untuk mengisi kekosongan dalam negara yang terlalu ramai pekerja asing termasuk yang tidak mahir, tetapi saya setuju ada keperluan mendesak mengisi kekosongan pekerja di lapangan tertentu termasuk restoran-restoran."Jadi, insya-Allah mulai Isnin, saya bagi tempoh kepada kementerian dan jabatan berkenaan selesaikan isu pekerja asing ikut keutamaan dalam tempoh satu bulan maksimum," kata beliau pada Majlis Pelancaran Indian Muslim Transformational Framework (IMTF) 2030 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth.Turut hadir Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim dan Presiden Pertubuhan Gabungan MUKMIN Nasional (MUKMIN) Datuk Shahul Dawood.Sebelum ini, jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan akan meneliti semula keperluan pengambilan pekerja asing bagi beberapa sektor termasuk restoran dan pembinaan, susulan permohonan yang dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.Malaysia ketika ini mempunyai dasar berkaitan had jumlah pekerja asing yang dibenarkan bekerja di negara ini.Dasar kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) menetapkan penggajian pekerja asing tidak boleh melebihi 15% daripada guna tenaga negara, manakala di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) ia disasarkan menurun kepada 10% menjelang 2030.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →