HomeWorld

PM sangkal dakwaan tak jaga Melayu

World 1 source 1 country 57m ago

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata cadangan pengambilalihan tanah Bandar Malaysia seluas 480 ekar tidak mendapat bantahan DAP ketika dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.TAMPIN: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kerajaan pimpinannya tidak menjaga kepentingan kumpulan Bumiputera, khususnya masyarakat Melayu.Jelasnya, antara langkah diambil kerajaannya ialah mewujudkan tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur selepas mendapati jumlah tanah itu semakin berkurangan."Sejak merdeka pada 1957, tidak ada tanah rizab Melayu baharu di Kuala Lumpur...yang ada semua yang dijual. (Apabila) saya ambil alih (kepimpinan negara) pada 2022, pada 2023 kita rampas tanah Bandar Malaysia 480 ekar (194.3 hektar yang sebelum ini) menjadi milik negara China dan syarikat (swasta). Saya rampas sebab perkara ini langgar peraturan."Apabila saya rampas, saya ambil alih untuk dijaga Petronas dan Khazanah (Nasional) kerana ada badan yang dikuasai Melayu.

Dalam kawasan itu, 50 ekar (20 hektar) saya buat rizab (tanah Melayu), tanah yang paling berharga di Kuala Lumpur," katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera Malek Razak Sulaiman dan Panglima Tentera Darat Azhan Md Othman.Anwar berkata, cadangan itu tidak mendapat bantahan DAP ketika dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook yang juga menteri pengangkutan hanya bertanyakan alasan kerajaan berbuat demikian."Saya kata sebab tanah Melayu di Kuala Lumpur makin meleset. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan tanda yang jelas. Dia (Loke) kata okey."Mesyuarat Jemaah Menteri tidak ada yang bantah.

Jadi, kali pertama dalam sejarah sejak Merdeka (pada) 1957, kerajaan Madani mengisytiharkan tanah paling berharga di Kuala Lumpur sebagai tanah rizab Melayu."

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →