HomeWorld

PN ignores responsibility to TH depositors, says Syed Saddiq

World 1 source 1 country 43m ago

Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan berkata pembangkang menegaskan bahawa Parlimen tidak boleh dijadikan sekadar tempat 'penerangan sehala' tanpa ruang perbahasan dan penentuan dasar yang bermakna. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Ketua whip pembangkang Takiyuddin Hassan, yang mengetuai tindakan keluar Dewan selepas Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul enggan menangguhkan sidang khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), turut mempersoalkan cara kandungan laporan itu didedahkan kepada umum.Setiausaha agung Perikatan Nasional (PN) itu berkata lazimnya sesebuah laporan RCI perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu di bawah terma embargo sebelum didedahkan kepada umum."Namun, bagi kes RCI TH, laporan tersebut didedahkan kepada umum terlebih dahulu ketika PRN Negeri Sembilan, sebelum dibawa ke Dewan Rakyat."Langkah terbalik ini jelas menunjukkan bahawa perbahasan di Dewan Rakyat kini tidak lagi mempunyai perbezaan ketara berbanding perbahasan di luar Parlimen, melainkan jika perdana menteri hadir secara langsung untuk mempertahankan laporan tersebut di hadapan wakil rakyat," katanya dalam kenyataan.Takiyuddin berkata pembangkang menegaskan bahawa institusi Parlimen tidak boleh dijadikan sekadar tempat 'penerangan sehala' tanpa ruang perbahasan dan penentuan dasar yang bermakna demi kepentingan pencarum TH dan integriti kewangan negara.Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjalani pembedahan laparoskopi elektif semalam bagi merawat hernia abdomen, menyebabkan PN meminta sidang khas itu ditangguhkan.Terdahulu, Takiyuddin berkata perbahasan tanpa kehadiran Anwar akan menyebabkan sidang khas itu tidak lebih sekadar sidang media, kerana perdana menteri yang mencetuskan isu berkenaan tidak berada di Dewan Rakyat untuk menjawab dan menggulung perbahasan.Bagaimanapun, Johari berkata persidangan akan diteruskan kerana Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi serta menteri-menteri lain hadir untuk mewakili Jemaah Menteri.Laporan RCI tersebut dinyahklasifikasi dan didedahkan kepada umum pada 29 Julai, kira-kira empat tahun selepas suruhanjaya itu menyelesaikan siasatannya pada Julai 2022.Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata beliau kecewa kerana tiada usul akan diluluskan dalam sidang khas hari ini, yang menurutnya hanya melibatkan menteri memberi penerangan mengenai tindakan yang telah diambil setakat ini.“Menteri bersyarah b… Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata lebih 10 juta pendeposit Islam mengharapkan Ahli Parlimen memainkan peranan mencari penyelesaian menyeluruh bagi melindungi kepentingan mereka.

(Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) memboikot sidang khas Dewan Rakyat berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH).Ahli Parlimen Muar itu berkata persidangan tidak sepatutnya ditangguhkan hanya kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak sihat kerana Ahli Parlimen lain masih mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan.“Saya setuju perdana menteri perlu menjawab apabila beliau pulih. Saya juga setuju terdapat banyak kritikan yang berasas mengenai cara kerajaan mentadbir negara dan pelan pemulihan Tabung Haji.“Tetapi Parlimen bukan pentas seorang individu. Hanya kerana perdana menteri sakit, tidak bermakna kita perlu berhenti bekerja.“Kita dibayar gaji ribuan ringgit, pencen terjamin dan menerima pelbagai elaun untuk menjalankan peranan semak dan imbang.“Tetapi kita gagal memainkan peranan itu,” katanya di Dewan Rakyat.Beliau berkata demikian selepas Ahli Parlimen PN keluar dari Dewan sebagai tanda bantahan terhadap persidangan yang diteruskan tanpa kehadiran Anwar.Bekas presiden Muda itu berkata laporan RCI berkenaan bukan mengenai perdana menteri atau mana-mana parti politik, sebaliknya melibatkan kepentingan jutaan pendeposit TH.“Hakikatnya, lebih 10 juta pendeposit Islam mengharapkan kita sebagai Ahli Parlimen memainkan peranan dan mencari penyelesaian menyeluruh supaya kepentingan serta maruah mereka dilindungi.“Kalau ada fakta, bahaskan.

Kalau ada salah laku, dedahkan.”PAS mengetuai tindakan keluar Dewan itu, namun Ahli Parlimen Bersatu yang sehaluan dengan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin kekal berada di dalam Dewan.Laporan RCI itu dinyahklasifikasi dan didedahkan kepada umum pada 29 Julai, kira-kira empat tahun selepas suruhanjaya berkenaan menamatkan siasatannya pada Julai 2022.Laporan itu mendedahkan kelemahan serius dalam tadbir urus, pelaburan dan pengurusan kewangan TH, selain mengesyorkan rombakan besar terhadap organisasi berkenaan.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →