HomeWorld

PN leaves it to BN to choose Negeri Sembilan MB candidate, says Hamzah

World 1 source 1 country 49m ago

Parti Wawasan Negara president Hamzah Zainudin says there is no rift between BN and PN in Negeri Sembilan.SEREMBAN: Parti Wawasan Negara president Hamzah Zainudin says Perikatan Nasional (PN) has left it to Barisan Nasional (BN) to choose a candidate for the post of Negeri Sembilan menteri besar.He said this was the agreement among all parties in PN."We have informed BN and left the matter to them, and it has the agreement of all parties," he told reporters at a joint BN-PN ceramah in Seremban.On July 19, Negeri Sembilan Umno chief Jalaluddin Alias said PN had agreed that BN would nominate the Negeri Sembilan menteri besar if the two coalitions succeeded in forming the state government after the Aug 1 election.Jalaluddin said BN appreciated the early declaration on the matter by the PN leadership.A recent crisis in PN saw PAS sever ties with Bersatu in June, although both parties remain part of the coalition.Bersatu, which claimed it was not involved in discussions on PN's seat allocation, is contesting 24 seats under its own logo in the Negeri Sembilan election.PN, meanwhile, reached an understanding with BN under which the coalitions are contesting 11 and 25 seats respectively.Commenting on claims of disagreements between BN and PN in Negeri Sembilan, Hamzah denied that there was any rift."There doesn't appear to be any quarrel in Negeri Sembilan. Why would we want to fight?"We don't wish to quarrel," he said. Presiden PAS Hadi Awang berkata pendekatan itu diambil selepas PN menilai kedudukan politik ketika itu, walaupun Umno memiliki majoriti besar di DUN Johor selepas PRN ke-15 pada 2022.SEREMBAN: Presiden PAS, Hadi Awang berkata Perikatan Nasional (PN) menggunakan strategi meletakkan Umno di barisan depan pada PRN Johor, manakala gabungan itu bertindak sebagai "pasukan sampingan" bagi menampung kekurangan.Beliau berkata, pendekatan itu diambil selepas PN menilai kedudukan politik ketika itu, walaupun Umno memiliki majoriti besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas PRN ke-15 pada 2022."Walaupun Umno mempunyai majoriti besar di Johor, 40 kerusi daripada 56 kerusi (pada PRN 2022).

Tapi bila saya melihat barisan calon-calon PH yang begitu rupa, tokoh-tokoh yang besar, kami bimbang Johor akan jatuh, kuasa Umno akan jatuh kepada kuasa lain."Kami mengambil langkah mesti selamatkan Johor," katanya ketika berucap dalam satu ceramah di sini, malam tadi.Menurutnya, atas pertimbangan itu, PN memberi laluan kepada Umno untuk mengetuai barisan, manakala PAS dan parti lain memainkan peranan menyokong.Mengulas PRN Negeri Sembilan, Hadi berkata, keadaan politik di negeri itu lebih mencabar berbanding Johor.Jelasnya, sebelum ini, beliau melihat ada ruang untuk menukar kerajaan negeri menerusi undi percaya di DUN Negeri Sembilan, namun usaha itu gagal selepas dua Adun Bersatu menarik diri."Negeri Sembilan lebih bahaya daripada Johor. Kami ambil langkah untuk buat undi percaya di DUN, di mana 14 (Adun) daripada Umno bergabung dengan lima (Adun) daripada PN, iaitu tiga PAS dan dua Bersatu boleh tukar kerajaan."Malangnya dua daripada (Adun) Bersatu dia tarik, gagal."Beliau menggesa pengundi muda memberi sokongan kepada PN pada 1 Ogos ini."Sebab itu kita mengharapkan pengundi-pengundi muda memberi sokongan kepada gabungan ini kerana perjuangan kita ini bukan untuk hari ini sahaja, tetapi untuk masa depan."BN dan PN membentuk pakatan pilihan raya tidak rasmi untuk PRN Negeri Sembilan, di mana BN bertanding 25 kerusi dan baki 11 kerusi ditandingi PN yang diterajui PAS.Dua gabungan itu turut mengarahkan penyokong mereka mengundi calon mereka pada 1 Ogos ini.Sebelum ini, Hadi dilaporkan berkata, kerjasama BN-PN bukan "wayang politik", sebaliknya lahir daripada keperluan menyatukan sokongan bagi menewaskan PH di Negeri Sembilan dan PAS sedia menerima calon menteri besar daripada… Presiden Wawasan Hamzah Zainudin turut menafikan berlakunya perselisihan faham antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Negeri Sembilan.SEREMBAN: Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) Hamzah Zainudin berkata Perikatan Nasional (PN) telah menyerahkan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memilih calon menteri besar Negeri Sembilan.Beliau berkata keputusan itu telah mendapat persetujuan daripada semua pihak dalam PN."Kalau nak bincang pasal menteri besar, kita di PN telah serahkannya kepada BN."Kita dah maklumkan dan serah pada BN (dan) mendapat persetujuan daripada semua pihak," katanya pada sidang medianya dalam ceramah bersama pimpinan BN dan PN di Seremban.Pada 19 Julai Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata PN bersetuju BN menjadi menteri besar Negeri Sembilan jika gabungan kedua-dua parti berjaya membentuk kerajaan selepas PRN.Jalaluddin, berkata BN menghargai pendirian pimpinan PN yang membuat deklarasi awal berhubung perkara itu.Krisis PN menyaksikan PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu pada Jun lalu, namun kedua-duanya kekal dalam gabungan berkenaan.Bersatu bertanding di 24 kerusi menggunakan logo sendiri pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos depan, selepas mendakwa parti itu tidak dibabitkan dalam sebarang perbincangan pembahagian kerusi PN.PN pula mengadakan persefahaman dengan BN dengan masing-masing bertanding 11 dan 25 kerusi.Mengulas mengenai mengenai dakwaan perselisihan faham antara BN dan PN Negeri Sembilan, Hamzah menafikan wujud perkara itu."Di Negeri Sembilan itu tidak nampak gaduh pun.

Kenapa kami nak kami gaduh."Kita tak nak gaduh," katanya. PETALING JAYA: Kemuncak PRN Negeri Sembilan pada Sabtu ini bakal menjawab kemampuan Pakatan Harapan (PH) mengekang momentum Barisan Nasional (BN) seperti diperlihatkan pada PRN Johor.PRN Negeri Sembilan menjadi medan pertembungan PH melawan BN yang turut dibantu kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).PH bertanding di semua 36 DUN, manakala BN di 25 kerusi, meninggalkan baki 11 kerusi kepada PN.Bersatu, meskipun kekal dalam PN, bertanding 24 kawasan di bawah lambangnya sendiri selepas bertelingkah dengan PAS, namun parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu diramal tidak mampu memberi impak besar.Parti lebih kecil seperti Muda, Pejuang, dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) dilihat bijak memilih kekal di luar gelanggang, sekali gus membuka gelanggang buat gergasi politik berentap.Walaupun, kebanyakan penganalisis melihat kemenangan menjurus kepada BN, namun tidak semestinya semua kerusi sudah dijamin milik mana-mana parti.FMT mendapatkan ramalan penganalisis politik Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, dan Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, menilai tujuh kerusi panas PRN. Berikut pandangan mereka.LinggiMenteri Besar Aminuddin Harun memilih meninggalkan Sikamat, kerusi dikuasainya selama 18 tahun, untuk bertanding di kubu kuat Umno di Linggi.

DUN itu berada dalam cengkaman BN, sejak 1978.Kerusi tersebut antara lima kerusi dalam Parlimen Port Dickson disandangnya, menjadikan pertembungan itu ujian langsung terhadap pengaruhnya di luar kubu tradisi.Aminuddin berdepan penyandang, Faizal Ramli daripada BN, yang juga exco warisan, teknologi, inovasi dan digital dalam pentadbirannya, serta Zamri Said daripada Bersatu yang tumpas di kawasan itu, pada 2023.Ramalan penganalisis:Azmi: PHMazlan dan Awang: BNChennahSetiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dalam usaha mempertahankan Chennah bagi penggal keempat berturut-turut, yang menjadi antara kawasan paling selamat DAP, yang dikuasai sejak 2013.Beliau menang kerusi berkenaan dengan kelebihan 2,200 undi pada PRN 2023, namun saingan pada pilihan raya sebelum ini jauh lebih sengit. Loke menumbangkan calon BN-MCA dengan majoriti 1,155 undi pada 2018 dalam saingan tiga penjuru yang turut melibatkan PAS. Manakala, pada 2013, beliau menang majoriti 1,098 undi dalam saingan satu lawan satu.Walaupun PH kekal pilihan utama, kawasan bercampur itu terus menjadi tumpuan susulan sentimen pen…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →