HomeWorld

Polis akan panggil Sanusi, pemimpin Umno Rembau dalam masa terdekat

World 1 source 1 country 33m ago

Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dan Ketua Penerangan Umno Rembau Shukri Shamsuddin akan dipanggil polis dalam masa terdekat.PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dan seorang pemimpin Umno Rembau akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan berkait kenyataan dibuat pada kempen PRN Negeri Sembilan.Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata setakat ini beberapa saksi sudah dipanggil bagi memberi keterangan dan siasatan masih diteruskan."Setakat ini siasatan masih berjalan. Kita telah merakam percakapan beberapa orang saksi dan akan memanggil pemimpin PAS itu (Sanusi) dalam waktu terdekat bagi melengkapkan siasatan."Sebaik sahaja polis menerima dua laporan berhubung perkara terbabit, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya menurut Sinar Harian, di Seremban.Dalam ceramah minggu lalu, Sanusi dilaporkan berkata, “Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand.

Melayu di sini saja.”Namun, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa ucapannya diputar belit demi kepentingan politik dan sudah menghantar surat tuntutan, dengan pemimpin PKR Dr N Sathia Prakash pertama diambil tindakan.Katanya, lebih ramai akan menerima surat tuntutan susulan tindakan mereka memutarbelitkan dan memanipulasi ucapannya di luar maksud sebenar.Dalam pada itu, Alzafny ketika mengulas mengenai siasatan ke atas Ketua Penerangan Umno Rembau Shukri Shamsuddin berkait institusi Istana Negeri Sembilan berkata, beberapa saksi sudah diambil keterangan."Seperti mana yang dimaklumkan sehingga malam tadi (Selasa) polis telah menerima 11 laporan berhubung kes berkenaan."Rakaman percakapan beberapa saksi telah pun diambil, manakala ketua penerangan Umno Rembau tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan," katanya.Sebelum ini, tular video seorang pemimpin Umno Rembau mendakwa DAP 'mengawal' istana.Semalam, Istana Negeri Sembilan menegaskan ia sentiasa menjunjung prinsip berkecuali dan tidak terbabit mana-mana parti atau kegiatan politik.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →