Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Anand Ponnudurai memerintahkan bayaran ganti rugi RM15,000 kepada setiap aktivis.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan dan polis membayar ganti rugi keseluruhan RM195,000 kepada 13 aktivis yang ditangkap secara salah ketika menghadiri perhimpunan memperingati mangsa Covid-19, lima tahun lalu.Aktivis berkenaan ialah Nur Qyira Izzat Yusri, Nalina Nair, M Thulsi Thivani, Loh Kar Mun, Noor Suhana Ishak, Dr Subatra Jayaraj, Tharmelinggem Pillai, P Ilaiya Barathi, Addy Samsudin, Dinesh Venkitesan, Khairi Zulfadhli Abu Bakar, Wong Yan Ke dan Asraf Sharafi Azhar.Hakim Anand Ponnudurai memerintahkan setiap daripada mereka dibayar ganti rugi RM15,000.Mereka antara individu yang ditahan ketika menghadiri perhimpunan nyalaan lilin bagi memperingati mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Dataran Merdeka pada 19 Ogos 2021.Kesemua aktivis itu kemudian memfailkan saman terhadap pegawai polis yang terbabit dalam operasi berkenaan, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan atas dakwaan melanggar hak mereka yang dijamin Perlembagaan.Mereka turut menuntut ganti rugi.Anand memutuskan pegawai polis dan kerajaan bertanggungjawab atas penangkapan salah terhadap aktivis berkenaan.Beliau berkata, tindakan polis 'merampas' kad pengenalan mereka di lokasi perhimpunan secara tidak langsung telah menyekat kebebasan serta hak mereka.“Mereka diarahkan pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan sebahagian daripada mereka ‘dipaksa’ menaiki kenderaan polis. Mereka tidak lagi mendatangkan sebarang ancaman selepas perhimpunan itu tamat.“Ketika berada di balai, mereka tidak dibenarkan keluar sehingga keterangan mereka selesai dirakam,” katanya.Hakim turut berkata aktivis berkenaan dinafikan hak untuk mendapatkan khidmat peguam ketika ditahan.“Apabila peguam akhirnya dibenarkan masuk ke balai polis, keterangan sebahagian daripada mereka sudah pun dirakam.“Peguam hanya dibenarkan memerhatikan proses rakaman keterangan bagi tahanan yang masih belum selesai memberi keterangan,” katanya.Anand turut berkata, polis telah bertindak menyalahi undang-undang apabila menandakan lengan 13 individu itu menggunakan pen penanda bagi memadankan mereka dengan telefon bimbit yang dirampas.“Tiada prosedur operasi standard yang membenarkan polis berbuat demikian,” katanya.Peguam Kee Hui Yee dan New Sin Yew mewakili aktivis berkenaan, manakala peguam persek…
Summary from source