HomeWorld

Polis siasat calon Labu atas dakwaan sogok pengundi

World 1 source 1 country 6m ago

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata seorang lelaki 72 tahun membuat laporan Selasa lalu selepas melihat klip video mendakwa seorang calon Labu memberi sogokan kepada pengundi. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Polis membuka satu kertas siasatan terhadap seorang calon PRN Negeri Sembilan di DUN Labu yang didakwa memberi sogokan kepada pengundi.Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata siasatan itu menyusul laporan dibuat seorang lelaki 72 tahun pada Selasa lalu."Pengadu membuat laporan polis selepas melihat satu hantaran video melalui aplikasi WhatsApp yang mendakwa seorang calon Labu memberi sogokan kepada pengundi."Pengadu percaya perbuatan tersebut boleh disifatkan sebagai membeli undi," katanya menurut Sinar Harian sambil menambah dakwaan itu disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.Beliau berkata, 80 laporan polis diterima dan 23 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka sejak 18 Julai lalu hingga semalam.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →