HomeWorld

Polis siasat video dakwa parti politik kawal istana N Sembilan

World 1 source 1 country 6m ago

Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan kandungan itu sehingga boleh menjejaskan siasatan dan ketenteraman awam.PETALING JAYA: Polis membuka satu kertas siasatan berhubung klip video di TikTok memaparkan seorang lelaki mendakwa institusi diraja Negeri Sembilan dikawal oleh sebuah parti politik.Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4a(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.Katanya, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima laporan satu rakaman video yang dimuat naik melalui aplikasi TikTok, lapor Berita Harian.Menurutnya, siasatan sedang dijalankan bagi meneliti keseluruhan kandungan video serta konteks ucapan berkenaan."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan kandungan itu sehingga boleh menjejaskan siasatan dan ketenteraman awam."Polis sekali lagi mengingatkan semua pihak supaya menggunakan media sosial secara bertanggungjawab serta mengelakkan sebarang kenyataan yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja (3R) sehingga boleh menimbulkan keresahan atau ketegangan dalam kalangan masyarakat," katanya.Terdahulu hari ini, Istana Negeri Sembilan dalam kenyataan menegaskan ia sentiasa menjunjung prinsip berkecuali dan tidak terbabit mana-mana parti atau kegiatan politik.Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan, Azizi Mohamad Ali, turut menasihatkan semua parti politik tidak mengaitkan institusi itu dalam ceramah dan kempen PRN.Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak supaya tidak mempolitikkan perkara yang melibatkan institusi diraja Negeri Sembilan, manakala Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, turut menyeru semua calon agar tidak menjadikan isu berkaitan institusi adat sebagai bahan kempen pilihan raya.PRN Negeri Sembilan akan diadakan pada 1 Ogos ini.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →