HomeWorld

Prestasi PH sudah lepasi sasaran pelaburan RM30 bilion manifesto BN

World 1 source 1 country 56m ago

Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun, berkata kerajaan negeri rekod pelaburan RM19 bilion tahun lalu, manakala bagi enam bulan pertama tahun ini hampir RM13 bilion berjaya dicapai.PETALING JAYA: Prestasi ekonomi Negeri Sembilan di bawah Pakatan Harapan (PH) dalam aspek pelaburan sudah mengatasi sasaran ditetapkan manifesto Barisan Nasional (BN).Menteri Besar Aminuddin Harun, berkata sasaran pelaburan RM30 bilion dalam tempoh lima tahun seperti diumumkan BN semalam, tidak mencerminkan prestasi sebenar ekonomi negeri.Beliau berkata, kerajaan negeri merekodkan pelaburan RM19 bilion tahun lalu, manakala bagi enam bulan pertama tahun ini hampir RM13 bilion berjaya dicapai, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi RM30 bilion dalam hanya satu tahun setengah.“Kalau sasaran mereka hanya RM30 bilion untuk lima tahun kita telah melepasi angka itu dalam tempoh lebih kurang satu tahun setengah sahaja.“Kerajaan negeri meletakkan sasaran minimum RM10 bilion pelaburan setahun kerana kita yakin Negeri Sembilan mampu mencapai prestasi yang lebih tinggi,” katanya menurut Bernama ketika hadir program jelajah mesra di Pekan Linggi.Aminuddin yang juga calon di Linggi, berkata sasaran pelaburan lebih tinggi penting bagi memastikan Negeri Sembilan kekal sebagai destinasi pelaburan kompetitif untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat, dan merancakkan pertumbuhan ekonomi.Berhubung cadangan BN untuk menyusun semula pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV), beliau berkata kerajaan PH sudah lebih awal menambah baik pelan pembangunan kawasan itu dengan memberikan keutamaan kepada pembangunan sektor perindustrian, berbanding perumahan.Beliau berkata, pendekatan itu selaras aspirasi kerajaan negeri memastikan lebih ramai rakyat dapat tinggal, bekerja, dan beriadah di Negeri Sembilan tanpa perlu berhijrah ke luar bagi mendapatkan peluang pekerjaan dan kehidupan lebih baik.Dalam pada itu, Aminuddin berkata beberapa insentif ditawarkan BN mempunyai persamaan dengan inisiatif diperkenalkan PH sebelum ini, namun PH mengambil pendekatan lebih menyeluruh apabila manfaat turut diperluas kepada golongan M40 selain meneruskan bantuan kepada kumpulan B40.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →