Home › World

Malacca election: Differences in views on cooperation will test PH unity, says analyst

World 1 source 1 country 28m ago

James Chin dari Universiti Tasmania berkata kekalahan Bersatu pada PRN Negeri Sembilan menyebabkan parti itu semakin terdesak untuk menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan.PETALING JAYA: Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu pada PRN Melaka dijangka sukar menandingi gabungan Umno dan PAS sekiranya kedua-dua parti itu mencapai kesepakatan, menurut penganalisis.James Chin dari Universiti Tasmania berkata PH dan Bersatu dilihat semakin terdesak untuk bekerjasama, walaupun secara tidak rasmi, terutama selepas kemenangan besar gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan, Ogos lalu."Kedua-duanya kini tersepit dan melihat kerjasama sebagai jalan terbaik untuk berdepan Umno-PAS. Namun, jika Umno dan PAS mencapai persetujuan, kerjasama PH-Bersatu akan gagal, kecuali di kawasan DAP," katanya kepada FMT.James Chin.Chin berkata kerjasama PH-Bersatu, walaupun kedua-duanya mempunyai sejarah permusuhan politik, bertujuan memastikan pertandingan satu lawan satu bagi mengelakkan perpecahan undi dalam kalangan pengundi yang menentang Umno dan PAS.Bersatu yang diasaskan bersama Muhyiddin Yassin pernah bekerjasama dengan PH, sebelum memainkan peranan penting dalam kejatuhan kerajaan persekutuan pimpinan gabungan itu pada Februari 2020.Keadaan itu membawa Muhyiddin mengambil alih jawatan perdana menteri.Walaupun antara pengasas PN, kedudukan Bersatu dalam gabungan itu semakin terpinggir susulan perselisihan dengan PAS yang kini menerajui gabungan pembangkang berkenaan.Pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos lalu, kerjasama BN-PN berjaya memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 25 kerusi, manakala PH meraih baki 11 kerusi.Bersatu pula mengalami kekalahan besar di semua 24 kerusi yang ditandinginya.Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 kerusi, PH lima dan PN dua, dalam pertandingan yang menyaksikan ketiga-tiga gabungan bertembung di semua 28 kerusi DUN.Penting tetapi bukan penentuAhmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berpandangan Bersatu mampu membantu PH meraih undi tambahan, terutama di 10 daripada 21 kerusi yang dimenangi BN pada 2021 dengan majoriti tipis.Kerusi berkenaan ialah Serkam (majoriti 79 undi), Pengkalan Batu (131), Duyong (200),Ahmad Fauzi Abdul Hamid.Tanjung Bidara (364), Gadek (559), Durian Tunggal (559), Paya Rumput (629), Pantai Kundor (827), Rembia (860) dan Kelebang (876).Fauzi berkat… Sebelum ini, timbul percanggahan pendapat di antara pemimpin PH berhubung cadangan kerjasama dengan parti lain pada PRN Melaka, bulan depan.

(Gambar Bernama)PETALING JAYA: Perbezaan pandangan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengenai keperluan bekerjasama dengan parti lain boleh menguji kesatuan gabungan itu menjelang PRN Melaka, bulan depan.Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata pimpinan PH perlu mengurus pandangan pihak yang mungkin kurang yakin gabungan itu mampu bertanding sendiri dan mahu menjalin kerjasama bagi meningkatkan peluang kemenangan."Ini boleh mengganggu kesatuan PH untuk berhadapan PRN."Tetapi saya percaya pimpinan pusat boleh memainkan peranan menyelesaikan perbezaan itu," katanya kepada FMT.Syaza Shukri.Beliau turut menekankan PH perlu lebih fokus kepada usaha meyakinkan pengundi bahawa DAP, PKR dan Amanah, mempunyai kekuatan mencukupi bersaing dengan lawan tanpa bantuan parti lain.Kelmarin, Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata PH akan bertanding solo pada PRN Melaka tanpa sebarang pakatan pilihan raya bersama Bersatu mahupun gabungan lain.Khoo yang juga timbalan pengerusi PH Melaka berkata, DAP, PKR dan Amanah pada peringkat negeri telah sepakat untuk bergerak secara bersendirian.Kenyataan itu dibuat ketika pemimpin PH bercanggah pendapat berhubung kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan parti lain.Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad dilaporkan berkata, PH terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).Bagaimanapun, Ketua Amanah Melaka Ashraf Mukhlis Minghat serta Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari menepis kenyataan Khalid.Spekulasi turut timbul bahawa PH mungkin bekerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka, terutama selepas pemimpin peringkat negeri kedua-dua pihak makan malam bersama bulan lepas.PRN Melaka bakal berlangsug pada 14 Nov, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Okt dan undi awal pada 10 Nov, mempertandingkan 28 kerusi DUN.Syaza berkata pendirian DAP Melaka untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu sebagai langkah mempertahankan prinsip, mengambil kira sejarah parti itu meninggalkan PH sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan gabungan berkenaan pada 2020.Shafezah Abdul Wahab."Ramai penyokong akar umbi PH mungkin sukar menerima kerjasama dengan Bersatu, manakala pimpinan pusat dijangka…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →