Home › World

PRN Melaka: Rundingan khas agihan kerusi BN, MCA selesai, kata Zahid

World 1 source 1 country 3h ago

Wee Ka Siong berkata sebarang keputusan mengenai langkah MCA seterusnya dan pendirian muktamad parti berhubung PRN Melaka akan ditentukan secara kolektif oleh kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.PETALING JAYA: Presiden MCA Wee Ka Siong menyifatkan masih terlalu awal untuk menganggap rundingan agihan kerusi PRN Melaka antara Barisan Nasional (BN) dan partinya sebagai 'positif'.Wee mengesahkan bahawa Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir dan Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh telah bertemu dengan beliau serta seorang lagi pimpinan MCA di sebuah hotel di ibu negara.Pertemuan kira-kira 11 malam semalam itu dilakukan atas arahan Pengerusi BN Zahid Hamidi."Ya, ia berlangsung dalam suasana tenang dan mesra tanpa sebarang pertengkaran. MCA telah menyatakan dengan jelas rasa tidak puas hati terhadap pengagihan kerusi bagi PRN Melaka."Namun saya berpandangan bahawa kita masih belum mencapai matlamat tersebut. Adalah terlalu awal untuk menyifatkan hasil pertemuan itu sebagai positif pada peringkat ini,” katanya di Facebook.Wee berkata, kedua-dua pihak perlu meneruskan perbincangan dan diharapkan satu titik penyelesaian dapat dicapai dalam tempoh satu atau dua hari lagi.Tambahnya, sebarang keputusan mengenai langkah MCA seterusnya dan pendirian muktamad parti berhubung PRN Melaka akan ditentukan secara kolektif oleh kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.Terdahulu, Zahid dilaporkan berkata perbincangan khas agihan kerusi gabungan itu bagi PRN Melaka dengan MCA selesai dan mencapai perkembangan positif.Sabtu lalu, Wee mengetuai tindakan pemimpin parti itu meninggalkan majlis pengumuman calon BN untuk PRN Melaka kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan berhubung pengagihan kerusi.Katanya, kerusi yang pernah ditandingi parti itu diberikan kepada parti lain tanpa sebarang rundingan, walaupun MCA merupakan komponen BN sejak sekian lama.BN mengumumkan 21 calon, termasuk Naib Presiden MCA Lim Ban Hong dan exco Ngwe Hee Sem untuk mempertahankan kerusi Kelebang serta Machap Jaya, manakala baki tujuh kerusi diberikan kepada PAS serta rakan strategiknya.

Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata rundingan khas itu membabitkan Presiden MCA Wee Ka Siong, Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir dan Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh.PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi mengesahkan perbincangan khas agihan kerusi gabungan itu bagi PRN Melaka dengan MCA selesai dan mencapai perkembangan positif.Timbalan perdana menteri berkata, perbincangan itu membabitkan Presiden MCA Wee Ka Siong, Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir dan Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh."Saya tidak dapat mengumumkannya sehingga Rauf yang sudah diberikan mandat membuat pengumuman, sila ajukan soalan susulan kepada beliau," katanya menurut Berita Harian selepas merasmikan Program Jelita (Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement) Latihan Pecutan Intensif 12 Jam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Durian Tunggal.Sabtu lalu, Wee mengetuai tindakan pemimpin parti itu meninggalkan majlis pengumuman calon BN untuk PRN Melaka kerana tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan berhubung pengagihan kerusi.Katanya, kerusi yang pernah ditandingi parti itu diberikan kepada parti lain tanpa sebarang rundingan, walaupun MCA merupakan komponen BN sejak sekian lama.BN mengumumkan 21 calon, termasuk Naib Presiden MCA, Lim Ban Hong dan exco Ngwe Hee Sem untuk mempertahankan kerusi Kelebang serta Machap Jaya, manakala baki tujuh kerusi diberikan kepada PAS serta rakan strategiknya.Penolakan calon BN di Durian Tunggal, Pantai KundorZahid berkata, BN akan menyelesaikan isu penolakan calon BN di kerusi Durian Tunggal dan Pantai Kundor secara dalaman, tetapi beliau tidak menjangkakan calon yang sudah diumumkan akan ditukar."Saya tidak nampak ke arah itu (pertukaran calon)...kita akan lakukan langkah penyelesaian secara dalaman."Dalam mana-mana PRK atau PRN, apatah lagi PRU, memang ada permasalahan begini, bukan hanya BN, tetapi berlaku juga kepada parti gabungan lain."Ini sesuatu yang lazim dan bukan sesuatu yang mustahil untuk kita cari jalan penyelesaian terbaik."

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY ↗
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →