Seramai 925 anggota polis dan 1,431 tentera bersama pasangan menunaikan tanggungjawab mereka setakat 9 pagi tadi.SEREMBAN: Sebanyak 14.31% pengundi awal bagi PRN Negeri Sembilan telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 9 pagi tadi.Berdasarkan data terkini yang dikongsikan menerusi Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu membabitkan 1,431 anggota tentera dan 925 polis serta pasangan.Sebanyak 38 pusat mengundi dibuka serentak 8 pagi tadi untuk 22,339 pengundi berdaftar menjalankan tanggungjawab mereka.Semua pusat mengundi itu akan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5 petang ini, bergantung kepada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar.PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan 103 calon merebut 36 kerusi DUN, dengan 889,490 juta pemilih akan mengundi pada Sabtu ini.
Summary from source