HomeWorld

PRN N Sembilan: 14 kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh kempen

World 1 source 1 country 28m ago

Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima 28 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya dari 18 hingga 25 Julai. (Gambar Facebook)SEREMBAN: Sebanyak 14 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya telah dibuka dalam tempoh kempen PRN Negeri Sembilan ke-16 setakat semalam, kata Ketua Polis negeri Alzafny Ahmad.Alzafny berkata daripada jumlah itu, tiga kertas siasatan dibuka semalam membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat dengan api hingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.Beliau berkata dua lagi kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat hingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda.“Kertas siasatan yang dibuka semalam membabitkan dua laporan polis di Gemas, Tampin berkenaan insiden bendera parti dibakar serta gegantung dirosakkan manakala satu laporan di Titi, Jelebu melibatkan kejadian papan iklan dikoyakkan dan dirosakkan.“Secara kumulatif dari 18 hingga 25 Julai, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan menerima 28 laporan berkaitan kesalahan pilihan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.Selain itu, beliau berkata sebanyak 94 daripada 95 permohonan permit bagi penganjuran ceramah serta aktiviti kempen diterima dan diluluskan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan diluluskan kepada 416 permit.Alzafny berkata polis akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan, pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang tempoh berkempen dengan sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan tegas.“Orang ramai diseru untuk terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama kepada polis bagi memastikan pilihan raya berlangsung secara aman, harmoni dan teratur,” katanya.Pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada Selasa ini manakala hari mengundi 1 Ogos.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →