Naib Presiden Wawasan, Wan Saiful Wan Jan, menggambarkan Bersatu seperti kapal yang hilang arah.PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Wawasan Negara, Wan Saiful Wan Jan, menyeru ahli Bersatu supaya meninggalkan parti itu dan menyertainya partinya, berlatarkan kekalahan total pada PRN Negeri Sembilan.Bekas pemimpin Bersatu itu turut menggambarkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu seperti kapal yang semakin karam dan hilang arah."Kepada rakan-rakan serta sahabat di dalam Bersatu, pintu kita sentiasa terbuka. Tiba masanya untuk anda membuat keputusan berani," menurut kenyataan.Wawasan yang bertanding sebagai parti komponen Perikatan Nasional, menang di Gemas, Klawang dan Sikamat.PRN Negeri Sembilan menyaksikan PN dan BN bekerjasama untuk berdepan Pakatan Harapan, yang mentadbir Negeri Sembilan sejak 2018.Bersatu turut bertembung dengan PN di lapan kerusi, daripada 24 kerusi di mana ia tewas semuanya.Wan Saiful berkata kemenangan PN-BN dengan majoriti 2/3 kerusi DUN iu bukti nyata keberkesanan kerjasama strategik antara dua gabungan itu."Keputusan PRN kali ini juga membawa satu mesej politik yang amat jelas: Bersatu kini sudah tidak relevan," katanya. Kekalahan menyeluruh Bersatu pada PRN Negeri Sembilan berlaku hanya tiga minggu selepas parti pimpinan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin itu gagal memenangi sebarang kerusi pada PRN Johor.PETALING JAYA: Bersatu berdepan kekalahan menyeluruh buat kali ketiga berturut-turut selepas tewas di semua 24 kerusi ditandinginya pada PRN Negeri Sembilan, menyusuli nasib sama di Johor dan Sabah.Parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu bertanding di dua pertiga daripada keseluruhan kerusi DUN selepas mengambil haluan berbeza daripada Perikatan Nasional (PN) pimpinan PAS, yang menjalin persefahaman pilihan raya dengan Barisan Nasional (BN).Keputusan itu menyaksikan Bersatu bertembung dengan rakan dalam PN, iaitu PAS dan Parti Wawasan Negara, di lapan kerusi.Bagaimanapun, Bersatu tidak bertembung dengan dua lagi parti yang bersama PN, iaitu Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).Keputusan tidak rasmi menunjukkan Bersatu turut kehilangan dua kerusi disandangnya, iaitu Labu kepada BN dan Gemas kepada PN.Bersatu juga gagal memberi saingan ketara di beberapa kerusi seperti Sikamat, Temiang, Rahang dan Seremban Jaya.Calonnya ketinggalan jauh di kawasan berkenaan dan dijangka kehilangan deposit.Sebelum pilihan raya, penganalisis politik menjangkakan penyertaan Bersatu akan memecahkan undi Melayu di kerusi marginal, sekali gus memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).Bagaimanapun, jangkaan itu tidak menjadi kenyataan apabila calon Bersatu hanya meraih sedikit undi dan gagal mengurangkan majoriti BN-PN dengan ketara.Prestasi buruk itu menjadi tamparan besar kepada Bersatu, yang mahu membuktikan kekuatan pengaruhnya selepas PAS memilih untuk bekerjasama dengan BN pada PRN berkenaan.
Summary from source