Sebanyak 36 kerusi dipertandingkan pada PRN Negeri Sembilan ke-16 dengan 889,490 pengundi layak mengundi.SEREMBAN: Pilihan raya lazimnya dicorakkan oleh satu naratif utama yang mendominasi kempen. Di Malaysia, isu perkauman sering digunakan malah ia dilihat ketara sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan kali ini.Sepanjang dua minggu menjelang hari pengundian, bakal wakil rakyat 'menggula-gulakan' pengundi dengan janji berkisar tentang pekerjaan, pelaburan dan perkhidmatan awam lebih baik.Namun, naratif ketara adalah yang memfokuskan politik identiti, lantang disuarakan tiga gabungan yang merebut kerusi DUN.Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) memfokuskan terhadap penyatuan Melayu Islam manakala saingan mereka Pakatan Harapan (PH) lebih cenderung memberi amaran terhadap melantik kerajaan yang didominasi parti Melayu. Pada masa sama, BN pula memilih pendekatan lebih rasional, iaitu pentadbiran yang memfokuskan tadbir urus.Jurang perkaumanIntipati kempen BN dan PN adalah penyatuan ummah.
Mereka menghujahkan bahawa pemahaman pilihan raya mereka penting untuk menjamin kepimpinan stabil di Negeri Sembilan.Dalam pilihan raya lalu, BN dan PN pasti merebutkan pola kumpulan pengundi Melayu sama dan lazimnya memecahkan undi antara mereka. Kali ini mereka tidak bersaing, dengan harapan ini dapat mengatasi keutuhan PH di kawasan yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu.Pendekatan itu sekilas pandang nampak seperti masuk akal. Sebanyak 57% pengundi di Negeri Sembilan adalah Melayu manakala 23 daripada 36 kerusi DUN mempunyai pengundi majoriti Melayu.
Di 11 kerusi berkenaan, lebih 75% pengundi adalah Melayu.Namun, kempen mereka menghadapi masalah minggu lalu apabila pengarah pilihan raya PN yang juga Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mencetuskan kontroversi ketika ceramah di Jempol apabila berkata, "Melayu ada Tanah Melayu ini saja."Ramai yang menerima kenyataan Sanusi itu seolah-olah mempersoalkan kesetiaan orang Cina dan India.Susulan perkembangan itu, ujian strategi BN-PN kini mungkin bergantung kepada bagaimana pengundi bukan Melayu bertindak balas terhadap kenyataan Sanusi itu.Peluang eksploitasiPH bagaimanapun tidak patah semangat sebaliknya berusaha mengubah retorik penyatuan Melayu Islam sebagai satu kelebihan.Ia menjadi titik perjuangan untuk gabungan itu khususnya parti komponen DAP. Ia memberi amaran kerajaan didominasi parti berasaskan Melayu mampu me…
Summary from source