Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor merasmikan majlis pecah tanah projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Papar hari ini.PAPAR: Projek menaik taraf Jalan Lok Kawi dari Bulatan Sabindo ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut bernilai RM70.6 juta, dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan keselamatan pengguna di Koridor Lok Kawi-Pengalat-Papar yang semakin pesat membangun.Ketua Menteri, Hajiji Noor, berkata projek itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan persekutuan menerusi Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur jalan raya di Sabah.Beliau berkata, Koridor Lok Kawi-Pengalat-Papar kini muncul antara kawasan berkembang pesat, berikutan pertambahan kawasan perumahan, premis kerajaan, sekolah dan produk pelancongan.“Perkembangan ini menyebabkan peningkatan jumlah trafik sehingga menimbulkan kesesakan terutama pada waktu puncak, yang menjadi antara keluhan utama pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.“Sebagai kerajaan, kita sentiasa berusaha merancang dan melaksanakan pembangunan yang memberi manfaat serta meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya berucap merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan di sini hari ini.Turut hadir Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali yang juga Ahli Parlimen Papar.Hajiji berkata, projek sepanjang 1.3km itu melibatkan penaiktarafan jalan daripada dua lorong kepada empat lorong dua hala, sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan mobiliti rakyat Sabah.Selain itu beliau berkata, skop projek itu bukan sekadar melibatkan pelebaran jalan, malah turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan pengguna menerusi pembinaan jejantas pejalan kaki, laluan berbumbung ke sekolah, hentian bas serta perlindungan motosikal.Dalam pada itu, Hajiji turut memberi jaminan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama penuh dalam urusan pengambilan tanah dan pengalihan utiliti, bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar serta disiapkan mengikut jadual.Beliau yakin projek itu akan mengurangkan masa perjalanan, meningkatkan kesalinghubungan serta merancakkan aktiviti ekonomi di daerah Papar seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).Beliau berkata, Papar kini menunjukkan perubahan ketara hasil pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur dan komersial, malah berpotensi menjadi lokasi persingg…
Summary from source