HomeWorld

Projek pelabuhan AI di Port Dickson tak libat pengambilan tanah, kata Aminuddin

World 1 source 1 country 58m ago

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun, berkata pelabuhan pintar AI dibangunkan di tanah dimiliki Tanco Holdings Berhad dan anak syarikatnya, Midports Holdings Sdn Bhd.SEREMBAN: Pelaksanaan projek pelabuhan pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) di Port Dickson akan dilaksanakan di tanah milik Tanco Holdings Berhad dan anak syarikatnya Midports Holdings Sdn Bhd, tanpa melibatkan pengambilan tanah lain.Menteri Besar Aminuddin Harun, berkata dakwaan kononnya pelaksanaan projek itu akan membabitkan pengambilan tanah seluas kira-kira 566 hektar (1,400 ekar), termasuk di kawasan kampung, hutan simpan, tanah adat, kawasan perindustrian, pertanian, dan lot kediaman adalah tidak benar."Tiada satu kampung pun yang akan kita korbankan untuk menjalankan projek ini. Tidak ada pengambilan tanah dan tidak ada hutan simpan yang akan terkesan di Port Dickson, mana ada tanah adat, yang ada hanya di Kuala Pilah, Jelebu, Rembau, dan Tampin."Pembangunan akan dilaksanakan di atas tanah milik Tanco Holdings Berhad yang mempunyai tanah seluas kira-kira 202 hektar (500 ekar), yang akan digunakan sebagai tapak pembangunan pelabuhan tersebut,” katanya menerusi video dimuat naik di Facebook.Beliau berkata, projek membabitkan nilai pelaburan RM3.4 bilion bagi fasa pertama itu dijangka menjadi pemangkin baharu kepada pembangunan Port Dickson, selain berpotensi menjadikan kawasan berkenaan sebagai pusat perniagaan bebas cukai.Aminuddin berkata, projek berkenaan ialah merupakan satu pemangkin perubahan dan akan memberikan manfaat besar kepada penduduk di kawasan berkenaan, khususnya di Linggi dan Pasir Panjang.Beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan mengabaikan kepentingan penduduk Melayu di kawasan terbabit, sebaliknya menegaskan tanah milik rakyat akan terus dilindungi."Saya akan pastikan tanah-tanah orang Melayu tetap terjaga dan dijaga dengan baik. Kita tidak mahu masyarakat dikelirukan atau ditakut-takutkan dengan perkara yang tidak benar."Mengulas kebimbangan mengenai nasib nelayan serta penduduk yang bergantung pendapatan di Sungai Linggi, Aminuddin berkata projek itu tidak melibatkan Kampung Tanjung Agas, Kampung Sungai Raya mahupun Sungai Linggi dan komited memastikan kebajikan nelayan terus terbela.Beliau berkata, kekeliruan berhubung perkara itu mungkin timbul kerana terdapat satu lagi projek pelabuhan dikenali sebagai Kuala Linggi International Port (KLIP) di semp…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →