Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Darat Azhan Md Othman di Balai Menghadap Biru, Istana Arau. Turut berangkat Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Panglima Tentera Darat Azhan Md Othman di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, hari ini.Turut berangkat mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Keteri.Menurut kenyataan Istana Arau, pertemuan itu menjadi medan untuk memperkukuh hubungan antara institusi diraja Perlis dengan Tentera Darat Malaysia.Ia turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen berterusan pasukan berkenaan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan menjamin keselamatan rakyat.Pertemuan itu juga membuka ruang untuk mempererat kerjasama strategik antara kepimpinan Tentera Darat dan kerajaan negeri dalam perkara berkaitan keselamatan, kesejahteraan rakyat serta pembangunan negara.Tuanku Syed Sirajuddin turut berperanan sebagai kolonel yang dipertua Rejimen Renjer Diraja dan Kor Polis Tentera Diraja.Hadir sama Ketua Polis Perlis Muhammad Abdul Halim, Panglima 30 Briged Mohd Zaini Hashim dan Pengarah Rancang Markas Tentera Darat Mazuhir Md Amin.Istana Arau berkata pertemuan berkenaan mencerminkan komitmen bersama untuk terus memelihara keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara menerusi hubungan erat antara institusi pertahanan dengan institusi diraja.
Summary from source