HomeWorld

Rayuan sabitan lelaki ugut, hina pengawal peribadi kerana puasa ditolak

World 1 source 1 country 12m ago

Mahkamah Tinggi dapati kesalahan Chung Chee Yang adalah serius dengan perbuatan mendera dan menghina tuhan agama lain wajar dibanteras. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ahli perniagaan dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman atas tiga pertuduhan mengugut, mencederakan serta menghina dua bekas pengawal peribadinya kerana berpuasa, pada 2021.Keputusan itu dibuat Hakim Shamsulbahri Ibrahim terhadap Chung Chee Yang, 48, dengan mengarahkan hukuman bagi semua kesalahan berkenaan dijalankan serentak, bermula hari ini, lapor Kosmo.Dalam penghakimannya, Shamsulbahri berkata kesalahan perayu adalah serius dengan mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran, selain menghantar mesej jelas mahkamah tidak berkompromi dengan kesalahan sedemikian.“Tindakan mendera dan melakukan kekasaran kepada pekerja sendiri yang datang mencari nafkah untuk kelangsungan hidup wajar dibanteras sepenuhnya agar tiada lagi kejadian serupa ini berlaku di masa hadapan.“Perbuatan menghina tuhan agama lain adalah satu perbuatan hina dan tidak wajar diucapkan oleh orang yang dikatakan banyak berbakti kepada masyarakat berbilang kaum,” katanya.Hakim berkata, tiada alasan munasabah untuk campur tangan mengubah hukuman Mahkamah Majistret Klang.Pada prosiding itu, Shamsulbahri turut menolak penangguhan hukuman dipohon menerusi peguam Shafee Abdullah mewakili Chung, manakala responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Tengku Najiha Tengku Zahari.Dilaporkan pada 28 Mac 2025, Chung disabitkan bersalah oleh Mahkamah Majistret Klang.Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mendatangkan ketakutan jenayah iaitu ugutan mahu menyebabkan kecederaan parah dengan mengacukan pistol ke arah Mohd Azminizam Zulkepli, 48.Dia turut didakwa mengeluarkan perkataan mengaitkan Allah dan puasa dengan niat melukakan perasaan yang didengar oleh Mohd Azminizam dan Ahmad Shamsuri Zailani, 31.Bagi pertuduhan ketiga, Chung didakwa sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Azminizam. Perbuatan itu dilakukan di luar sebuah rumah di Bandar Bukit Tinggi, Shah Alam, antara 9.30 hingga 10.30 malam, 13 April 2021.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →