HomeMiddle East

Rekod pentadbiran Anwar, Aminuddin sandaran Noorzunita pertahan Pilah

Middle East 1 source 1 country 34m ago

Jalaluddin Alias berkata BN tidak merancang kembali bekerjasama dengan PH bagi membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas PRN.JELEBU: Seorang pemimpin Umno mempertahankan kerjasama Barisan Nasional dan Perikatan Nasional terutama dengan PAS, sambil menyifatkan dakwaan ia akan menjejaskan kedudukan masyarakat bukan Melayu sebagai naratif lapuk.Ketua Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, berkata pengalaman di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir PAS menunjukkan masyarakat bukan Melayu di negeri berkenaan tidak dipinggirkan.“Ini hanya naratif lama dimainkan untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.“Kerjasama BN dan PN bukan berasaskan perkara yang boleh memecahbelahkan rakyat,” katanya dalam temu bual FMT sambil memberi jaminan masyarakat bukan Melayu tidak perlu bimbang jika BN-PN berjaya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan.Beliau berkata, orang bukan Melayu juga tidak perlu risau kerana BN akan kekal sebagai parti dominan memandangkannya bertanding di lebih banyak kerusi iaitu 25 DUN berbanding 11 oleh PN.Katanya, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang kerana jika BN-PN berjaya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan, kerajaan negeri akan diterajui oleh BN.“BN tetap menjadi parti dominan dalam kerajaan dan olahan serta adunan daripada BN dan PN ini nanti akan mampu memberikan kebajikan serta perhatian kepada semua kaum," katanya.Mengulas lanjut, Jalaluddin yang akan mempertahankan DUN Pertang berkata kerjasama BN-PN di Negeri Sembilan dibentuk atas dasar persefahaman politik serta keikhlasan kedua-dua pihak.“Persefahaman ini bukan hanya untuk Negeri Sembilan. Ia boleh diperluaskan ke peringkat lebih tinggi sekiranya mendapat sokongan dan penerimaan rakyat,” katanya.BN tak rancang kembali bersama PHDalam pada itu, Jalaluddin berkata BN tidak merancang untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas PRN."Kita yakin dengan kemampuan BN dan PN untuk membentuk kerajaan. Kita tidak ada rancangan untuk kembali bersama PH bagi membentuk kerajaan negeri,” katanya.Mengulas dakwaan Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun bahawa Umno tidak mengenang budi selepas menarik sokongan terhadapnya, Jalaluddin berkata BN penyumbang terbesar kepada pembentukan kerajaan negeri selepas PRN 2023.Beliau berkata, BN memenangi 14 kerusi, berbanding DAP dengan 11 dan PKR lima, manakala PN tu…

Penyandang BN Mohd Zaidy Abdul Kadir akan berdepan G Manivannan daripada PH dan calon Bersatu serta Parti Orang Asli Malaysia di Jeram Padang.JEMPOL: Pengalaman Barisan Nasional di Negeri Sembilan dan keupayaan membawa kestabilan politik menjadi sandaran Mohd Zaidy Abdul Kadir mempertahankan DUN Jeram Padang pada PRN 1 Ogos ini.Penyandang kerusi itu berkata, pengalaman BN mentadbir negeri selama lebih enam dekad membuktikan parti itu mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira kaum.Katanya, pengundi kini lebih bijak menilai pemimpin berdasarkan rekod perkhidmatan, bukan sekadar janji ketika musim pilihan raya.“Rakyat bijak menilai siapa yang hanya pandai berjanji dan siapa yang boleh menabur bukti. Yang penting masyarakat di sini mahu melihat pemimpin yang boleh berkhidmat kepada rakyat."Mana-mana pemimpin yang boleh memberi keadilan kepada semua kaum, Cina, Melayu, India dan Orang Asli, akan diangkat menjadi wakil rakyat di sini, insya-Allah,” katanya kepada FMT.Zaidy turut mendakwa, sokongan terhadap BN semakin meningkat susulan persefahaman dengan Perikatan Nasional, yang menurutnya mampu menyatukan sokongan pengundi Melayu.“Persefahaman antara PN dan BN menyebabkan undi Melayu tidak berpecah. Kita nampak pengundi Melayu akan menjadi lebih solid dan memberi tentangan hebat kepada Pakatan Harapan.“Saya mohon semua pengundi, khususnya orang Melayu daripada PAS dan BN, bersatu padu demi memastikan kebangkitan rakyat Negeri Sembilan dan kestabilan politik negeri ini,” katanya.Sementara itu, calon PH G Manivannan berkata keutamaannya ialah mempercepat pembangunan di Jeram Padang, termasuk menangani isu bekalan air yang sering dibangkitkan penduduk.Katanya, hubungan rapat dengan kerajaan negeri dan persekutuan akan memudahkannya membawa pembangunan serta mempercepat penyelesaian masalah rakyat.Manivannan, yang juga setiausaha politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata wakil rakyat perlu mempunyai hubungan kerja yang baik dengan semua peringkat kerajaan bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.Beliau turut menolak dakwaan dirinya calon luar dengan menjelaskan keluarganya mempunyai hubungan lama dengan Jeram Padang.“Ibu saya dilahirkan di sini, belajar di sini sehingga berkahwin.

Sehingga umur saya 10 tahun, saya sentiasa datang ke sini dan mempunyai ramai saudara-mara di kawasan ini,” katanya.DUN Jeram Padang menyaks… Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata PH menyantuni semua lapisan pengundi tanpa mengira kaum walaupun Melayu membentuk majoriti di DUN Pilah.KUALA PILAH: Rekod pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Aminuddin Harun dan persekutuan bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjadi kekuatan kempen calon Pakatan Harapan Noorzunita Begum Mohd Ibrahim untuk mempertahankan DUN Pilah pada PRN 1 Ogos.Noorzunita berkata, pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan sepanjang pentadbiran PH membuktikan komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat, sekali gus menjadi asas beliau menjelaskan pencapaian kerajaan kepada pengundi."Sepanjang tempoh pentadbiran PH, pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan di peringkat negeri dan persekutuan. Itu menjadi platform saya untuk menjelaskan kepada rakyat apa yang diberikan kerajaan,” katanya kepada FMT.Penyandang DUN Pilah itu berkata, jika diberi mandat sekali lagi, beliau mahu memberi tumpuan kepada isu kelangsungan hidup warga emas, terutama golongan yang bersara tanpa pencen.Katanya, sepanjang lebih dua tahun setengah berkhidmat sebagai wakil rakyat, beliau menerima banyak aduan daripada kumpulan itu yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.“Saya melihat isu kelangsungan hidup warga emas tanpa pencen antara perkara perlu diberikan perhatian.

Kita perlu mencari mekanisme dan inisiatif terbaik bagi membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik,” katanya.Selain itu, beliau mahu meneruskan agenda memperkasa golongan muda, khususnya Gen Z, menerusi lebih banyak peluang pendidikan dan pekerjaan bagi meningkatkan akses kepada kerjaya profesional serta pembangunan modal insan.Mengenai strategi kempen, Noorzunita berkata PH menyantuni semua lapisan pengundi tanpa mengira kaum, walaupun Melayu membentuk majoriti di DUN Pilah.“Keseluruhannya kita menyantuni semua pengundi di DUN Pilah. Melayu, Cina dan India, semuanya kita dekati kerana setiap undi amat penting,” katanya.Mengulas persaingan pada PRN kali ini, Noorzunita berkata beliau tidak melihat pertandingan dengan calon parti lain sebagai halangan besar, sebaliknya yakin rekod perkhidmatan PH mampu meyakinkan pengundi untuk terus memberikan mandat.“Kita tidak ada masalah berdepan dengan sesiapa. Kita teruskan gerak kerja, kita jelaskan apa yang telah kita lakukan untuk rakyat kerana suara dan kepercayaan rakyat sentiasa menjadi pegangan utama,” …

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →