Tertuduh, Soo Kim Keong, 51, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penghuni pusat jagaan di Tanjung Rambutan. (Gambar Wikimedia Commons)IPOH: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penghuni pusat jagaan di Tanjung Rambutan, dekat sini, 3 Sept lepas.Bagaimanapun, mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada Soo Kim Keong, 51, yang juga penghuni pusat jagaan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan, memandangkan kes membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, Kim Keong didakwa membunuh Chong Mun Long, 28, di Pusat Jagaan Grace Home Care Centre, Jalan Chemor, Tanjung Rambutan antara 3 pagi hingga 4 pagi.Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan, jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Majistret kemudian memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan bagi tujuan pemeriksaan psikiatri, dan menetapkan 30 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan psikiatri tertuduh.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kirthana Subramanian, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Pada 3 Sept lepas, mangsa dilaporkan ditemukan tidak sedarkan diri di pusat jagaan berkenaan dipercayai selepas berlaku perselisihan faham dengan penghuni lain.Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada 17 Sept di Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat jangkitan paru-paru serta kecederaan objek tumpul pada kepala. Seorang remaja autistik berusia 15 tahun diarahkan Mahkamah Majistret Kuala Kangsar untuk jalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta selepas didakwa atas pertuduhan membunuh tanpa niat ibunya, minggu lalu.PETALING JAYA: Seorang remaja autistik berusia 15 tahun diarahkan Mahkamah Majistret Kuala Kangsar untuk menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tanjung Rambutan selepas didakwa atas pertuduhan membunuh tanpa niat ibunya, minggu lalu.Perintah itu dibuat Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin terhadap remaja lelaki itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah selepas dia dilihat tidak memahami pertuduhan dibacakan mahkamah.Pengakuan tertuduh tidak direkodkan, menurut Berita Harian.Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian ibunya, Nor Ainon Omar, 49, di sebuah rumah di Kampung Cheh, Kati, di sini jam 2.10 petang 23 September lalu.Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai hingga 30 tahun dan boleh juga didenda.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Mirza Zulaikha Mohd Fadzly manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Nur Mirza tidak menawarkan jaminan selain meminta kepada mahkamah tarikh sebutan baharu dalam tempoh sebulan iaitu selepas laporan psikiatri tertuduh diperoleh memandangkan tertuduh turut mempunyai rekod psikiatri.
Summary from source