HomeWorld

RM44.5 juta bagi kerja mitigasi banjir di PJ, Damansara diselaras ICU

World 1 source 1 country 30m ago

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, mengumumkan peruntukan bagi kerja mitigasi banjir di PJ dan Damansara akan diselaras ICU JPM. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Peruntukan RM44.5 juta yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi pelaksanaan 30 skop kerja mitigasi banjir di Petaling Jaya dan Damansara, akan diselaraskan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata RM3 juta turut disediakan bagi Parlimen Petaling Jaya untuk pelaksanaan Projek Mesra Rakyat (PMR) dan keperluan badan bukan kerajaan (NGO), manakala RM1.5 juta diperuntuk kepada Parlimen Subang Jaya."Pelaksanaan bagi kedua-dua peruntukan bagi Parlimen ini akan diselaraskan melalui ICU Selangor dan juga ICU Pusat," katanya kepada pemberita selepas program Pemuda PKR di pekarangan Petaling Jaya Smart Centre.Terdahulu, pada program berkenaan, perdana menteri berkata kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor sepakat meluluskan 30 skop kerja mitigasi banjir di Petaling Jaya dan Damansara, membabitkan peruntukan RM44.5 juta.Anwar berkata kerja mitigasi banjir itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menangani kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi banjir di Petaling Jaya dan Damansara.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →