HomeWorld

Salur terus pada rakyat, PM nafi potong peruntukan

World 1 source 1 country 49m ago

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tidak pernah potong peruntukan kepada rakyat.PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak dakwaan konon peruntukan untuk penduduk Petaling Jaya dan Damansara dipotong, sebaliknya menegaskan bantuan saluran projek pembangunan dan sekolah tetap diteruskan tanpa mengira kaum.Beliau berkata, tidak timbul isu sekatan kewangan bagi projek kemudahan rakyat di kawasan berkenaan, tetapi peruntukan disalurkan secara terus kepada komuniti dan projek pembangunan.“Tak benar kalau kata kita potong peruntukan untuk rakyat PJ dan Damansara. Dengar sebaik-baiknya, saya tak potong peruntukan kepada rakyat."Untuk masjid, kuil, kedai, parit dan semua...teruskan, yang nak penting tu apa? Rakyat nak projek atau Ahli Parlimen nak projek?

Rakyat,” katanya ketika berucap dalam program 'Generasi Muda, Suara Baharu' bertemakan 'Bersama Anak Muda, untuk Semua' di laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya.Sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Subang Wong Chen dilaporkan mendakwa hilang akses kepada peruntukan kawasan menerusi sistem myKHAS.Lee mendakwa, sekatan itu menjejaskan urusan berkaitan peruntukan kawasan dan Projek Mesra Rakyat, sambil mempersoalkan sama ada ia mempunyai kaitan dengan faktor politik.Lee dan Wong antara individu menghadiri majlis pelancaran Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada 17 Mei lalu, parti yang diambil alih bekas pemimpin tinggi PKR, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.Mengulas lanjut, Anwar yang juga menteri kewangan, berkata beberapa kawasan Parlimen Selangor masih mempunyai baki peruntukan yang sedia digunakan untuk pembangunan tempatan, termasuk Parlimen Subang mempunyai baki RM1.6 juta dan Parlimen Petaling Jaya, RM3 juta.Menurutnya, saluran dana tersebut akan diselaraskan menerusi Adun setempat bagi memastikan sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil, serta rumah ibadat, dan infrastruktur parit menerima bantuan yang diperlukan secara telus.Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan projek mitigasi banjir bernilai RM44.5 juta merangkumi 30 skop kerja di kawasan hotspot sekitar Petaling Jaya dan Damansara kini sedang giat dilaksanakan.Tambahnya, langkah itu bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang kerap melanda.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →