HomeWorld

Sanusi anggap kerjasama BN-PN hanya libat PAS dan Umno, kata Puad

World 1 source 1 country 2m ago

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata kenyataan Sanusi Nor mencerminkan pandangannya bahawa kerjasama BN-PN hanya melibatkan PAS dan Umno.PETALING JAYA: Kenyataan kontroversi terbaru Sanusi Nor berpunca daripada pandangannya bahawa kerjasama pilihan raya Perikatan Nasional (PN) dengan Barisan Nasional (BN) hanyalah melibatkan PAS dan Umno, kata bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi.Puad berkata, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PN sememangnya dikenali sebagai seseorang yang 'suka terlajak cakap'."Sebab Sanusi melihat kerjasama itu hanya dari sudut Umno dan PAS sahaja. Pada PAS, penyatuan ummah adalah keutamaan. MCA, MIC, MIPP dan Gerakan hanya penumpang."Puad berkata kenyataan Sanusi telah menjejaskan Umno dan beliau menyokong gesaan Presiden Umno Zahid Hamidi supaya menteri besar Kedah itu memberi tumpuan kepada pentadbiran negerinya."Tetapi masalahnya di Kedah, Sanusi tidak banyak kerja.

Negeri tidak ada pertumbuhan," kata Puad.Dalam satu ceramah pada malam Khamis, Sanusi dilaporkan berkata 'Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di sini saja.'Kenyataan itu mengundang kritikan daripada beberapa pemimpin DAP serta Presiden MIC SA Vigneswaran yang menggesa BN mengkaji semula kerjasama pilihan rayanya dengan PN bagi PRN Negeri Sembilan.Sanusi kemudian mendakwa kenyataannya telah diputar belit demi kepentingan politik dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar kata PN ambil maklum pandangan Pengerusi BN Zahid Hamidi berhubung Sanusi Nor.SEREMBAN: Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Sanusi Nor bebas untuk berkempen pada PRN Negeri Sembilan, kata Pengerusi Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau berkata demikian meskipun Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi mencadangkan Sanusi tidak perlu datang berkempen."Itu pandangan beliau sebagai pengerusi BN dan kami ambil maklum. Terpulang kepada Sanusi jika beliau mahu datang selepas ini," katanya pada sidang media selepas melancarkan manifesto PN.Terdahulu, Zahid mencadangkan Sanusi tidak perlu datang berkempen susulan kontroversi mengenai kenyataannya berkait Tanah Melayu.Sanusi dikritik pelbagai pihak berhubung kenyataannya dua hari lalu dalam satu ceramah, termasuk daripada BN.Pada malam Khamis, Sanusi dilaporkan berkata, “Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Melayu di sini saja.”Hari ini, Sanusi berkata kenyataannya telah diputar belit demi kepentingan politik, dan beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk ‘membetulkan keadaan’.PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN bertanding di 25 kerusi manakala PN 11 susulan persefahaman antara dua gabungan itu.Ditanya sama ada PN bimbang perkembangan ini akan menjejaskan sokongan pengundi Cina dan India, Samsuri menyeru orang ramai supaya memahami kenyataan Sanusi itu."Kita kena jelas apa yang disebut oleh beliau," katanya.

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →