Sanusi Nor yang juga pengarah pilihan raya PN, berkata lebih ramai akan menerima surat tuntutan susulan tindakan yang didakwanya memutar belit dan memanipulasi ucapannya berkait 'Tanah Melayu'.PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Sanusi Nor telah menghantar surat tuntutan kepada pemimpin PKR Dr Sathia Prakash yang didakwa memutar belit ucapannya mengenai masyarakat Melayu, Cina, dan India pada kempen PRN Negeri Sembilan di Jempol, 23 Jul.Mohd Faizi Che Abu, peguam mewakili Sanusi berkata, pengarah pilihan raya PKR Selangor itu telah memfitnahnya dengan mendakwa pemimpin PAS berkenaan antara lain menyeru 'masyarakat India pulang ke India serta orang Cina balik ke China'."Anak guam kami tidak pernah pernah menyebut perkataan masyarakat India baliklah India atau Cina baliklah China sebagaimana didakwa kamu (Sathia)."Sebaliknya, ucapan sebenar anak guam kami hanyalah menjelaskan masyarakat Melayu hanya mempunyai Tanah Melayu sebagai tanah air mereka, manakala bangsa-bangsa lain masing-masing mempunyai negara asal mereka," katanya menerusi surat tuntutan bertarikh 27 Jul kepada Sathia.Sehubungan itu, Sanusi meminta Sathia dalam tujuh hari mengeluarkan aku janji bertulis untuk menurun dan memadamkan kandungan tersebut di TikTok serta tidak menerbitkannya semula.Faizi berkata, Sathia dalam tempoh sama juga diminta memohon maaf kepada Sanusi melalui akhbar, laman sesawang, dan platform dipersetujui Sanusi.Tambahnya, Sathia juga diminta mencadangkan bayaran ganti rugi yang munasabah dan dipersetujui semua pihak.Sementara itu, Sanusi berkata lebih ramai akan menerima surat tuntutan susulan tindakan mereka memutarbelitkan dan memanipulasi ucapannya di luar maksud sebenar."Semoga memberi pengajaran kepada semua," katanya.Ahad lalu, Sathia mengakui ada kekhilafan olehnya dengan menggunakan perkataan 'balik' ketika mengulangi petikan ucapan Sanusi yang didakwa berpotensi membangkitkan sentimen perkauman.Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu tidak menjejaskan asas laporan polis dibuatnya di IPD Seremban pada 24 Jul lalu terhadap pemimpin PAS itu.Dalam ceramah, minggu lalu, Sanusi dilaporkan berkata, “Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di sini saja.”Semalam, Sanusi menafikan kenyataannya itu bertujuan mempersoalkan kewarganegaraan atau hak rakyat Malaysia…
Summary from source