HomeWorld

SARA bantu penerima beli makanan, barangan asas

World 1 source 1 country 40m ago

Penerima SARA di Linggi membeli barang keperluan di salah sebuah premis yang berdaftar di kawasan itu.PETALING JAYA: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) membantu golongan berpendapatan rendah membeli makanan dan barangan keperluan harian, sekali gus mengurangkan beban perbelanjaan keluarga ketika kos sara hidup meningkat.Antaranya penerima di Linggi, Negeri Sembilan yang menggunakan bantuan itu untuk membeli antaranya beras, telur, susu, lampin dan keperluan rumah.Mereka menyambut baik pengumuman kerajaan untuk meningkatkan kadar SARA dalam masa terdekat dan berharap bantuan itu dinaikkan sekurang-kurangnya RM100 atau sekali ganda.Suri rumah, Zuliana Kamaruddin, 36, berkata bantuan itu banyak membantunya menyediakan keperluan tiga anak, khususnya makanan, susu dan lampin.Bantuan SARA bantu Zuliana Kamaruddin sedia keperluan tiga anak khususnya makanan dan lampin.Menurutnya, kenaikan kadar SARA membolehkan keluarganya membeli lebih banyak barangan asas tanpa perlu mengurangkan perbelanjaan penting lain.“SARA memang banyak membantu, terutama untuk keperluan anak-anak. Kalau boleh, naikkan sekurang-kurangnya RM100 atau sekali ganda kerana harga barang sekarang semakin meningkat,” katanya.Bagi Kau Ah Moui, 75, bantuan itu menjadi antara sumber utama untuk membeli beras, telur, gula, teh dan susu setiap bulan.Kau Ah Moui berharap kerajaan perluaskan jenis barangan boleh dituntut menerusi SARA.Bekas penoreh getah yang tinggal bersendirian itu berkata beliau tidak lagi mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada bantuan kerajaan untuk menampung keperluan harian.Beliau berharap kenaikan kadar SARA dapat membantunya menghadapi peningkatan harga barangan.Kau turut meminta kerajaan memperluaskan jenis barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan berkenaan.“Kalau bantuan bertambah, lebih banyak barang boleh dibeli. Saya juga berharap lebih banyak jenis barang dibenarkan kerana setiap orang mempunyai keperluan berbeza,” katanya.Sementara itu, A Subramaniam Arumusam, 60, berkata setiap pertambahan bantuan memberi makna besar kepada penerima yang tidak lagi mampu bekerja.A Subramaniam Arumusam berkata SARA membantu memastikan bekalan makanan keluarganya mencukupi, selain mengurangkan tekanan kewangan.Beliau terpaksa berhenti menjadi pemandu teksi selepas diserang strok lima tahun lalu dan kini bergantung kepada bantuan kerajaan untuk meneruskan kehidupan.Katanya, SARA mem…

Summary from source
Read the full story at the source Free Malaysia Today · MY
Get the news on TelegramTop stories & under-reported picks, straight to your feed — free. Join →