Menteri Besar Kedah Sanusi Nor mempertahankan kenyataannya mengenai sejarah Tanah Melayu ketika berucap dalam satu ceramah di Seremban malam tadi.SEREMBAN: Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor sekali lagi mempertahankan kenyataannya mengenai sejarah Tanah Melayu sambil mendakwa ucapannya diputarbelitkan pihak tertentu bagi menimbulkan kemarahan dan salah faham.Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau hanya mengingatkan sejarah negara sebagai pedoman kepada masyarakat, bukannya menggesa mana-mana komuniti pulang ke negara asal seperti didakwa."Saya pening bila sejarah tidak dapat diterima sebagai satu hakikat...saya takkan nak kena habaq (beritahu) sampai Scottish duduk di Scotland, Swedish duduk di Sweden, Irish duduk di Ireland."Saya nak habaq kata tanah ini didiami oleh orang Melayu. Simple, itu pun tak faham?" katanya ketika berucap dalam satu ceramah di sini, malam tadi.Beliau berkata, sejarah perlu dipelajari bagi memahami peristiwa lalu, menilai keadaan semasa dan merancang masa depan, termasuk menghargai sikap masyarakat terdahulu yang menerima kepelbagaian kaum di Tanah Melayu.Beliau turut menolak dakwaan kenyataannya bersifat perkauman, sebaliknya menegaskan pentadbiran PN di Kedah sentiasa menjaga kebajikan semua kaum."Banyaklah benda-benda baik kita buat. Cuma kita buat baik ini tak mahu habaq kat orang."Sekolah pondok tak mampu kita tolong, sekolah agama tak mampu kita tolong, sekolah Cina pun tak mampu kita tolong.
Tak betul tuan-tuan?"Sanusi berkata, pihak yang memutarbelitkan kenyataannya hanya mahu menimbulkan kebencian dan kekeliruan dalam kalangan rakyat demi kepentingan politik.Kontroversi tercetus selepas Sanusi dalam satu ceramah minggu lalu berkata, "Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di sini saja."Susulan itu, polis dilaporkan berkata, Sanusi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, selepas menerima dua laporan.Sanusi sebelum ini mendakwa ucapannya diputarbelitkan demi kepentingan politik dan memaklumkan surat tuntutan telah dihantar kepada pemimpin PKR, Dr N Sathia Prakash, dengan lebih ramai lagi akan menerima surat sama kerana didakwa…
Summary from source